PENGAWAL keselamatan melintasi kain rentang FIFA Piala Dunia di Stadium Samara Arena. FOTO Reuters
PENGAWAL keselamatan melintasi kain rentang FIFA Piala Dunia di Stadium Samara Arena. FOTO Reuters
Reuters

MOSCOW: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendenda tuan rumah Piala Dunia, Russia 10,000 Swiss francs (RM40,000) selepas peminatnya mengibarkan kain rentang berbaur diskriminasi ketika kekalahan 0-3 kepada Uruguay.

Russia bertemu Sepanyol pada pertembungan peringkat 16 terakhir, esok selepas melangkah ke peringkat kalah mati Piala Dunia buat kali pertama sejak era-Soviet.

Selain itu, FIFA turut mendenda Serbia 20,000 Swiss francs (RM81,000) berikutan “kain rentang menghina dan berunsur politik” ketika kekalahan 0-2 pasukan itu kepada Brazil di Stadium Spartak.

Serbia yang sudah tersingkir daripada kejohanan sebelum ini pernah didenda atas kesalahan sama pada awal saingan.

Mexico didenda 15,000 Swiss francs (RM61,000) berikutan kekacauan yang dicetuskan selepas penyokong mereka bertindak membaling objek ketika kekalahan 0-3 kepada Sweden.

Maghribi dalam pada itu dikenakan denda 65,000 Swiss francs (RM264,000) atas beberapa siri insiden ketika seri 2-2 dengan Sepanyol.

Ia termasuk kekacauan penonton selain insiden yang menyaksikan enam staf teknikal pasukan menyerbu padang selepas wisel penamat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Julai 2018 @ 4:35 AM