PEMAIN Perak, Leandro Dos Santos (tiga kanan) meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pertama bersama pasukan Perak menentang Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh. FOTO Muhaizan Yahya
PEMAIN Perak, Leandro Dos Santos (tiga kanan) meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pertama bersama pasukan Perak menentang Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh. FOTO Muhaizan Yahya
Azizan Hashim


PERAK berhempas pulas sebelum mengatasi pasukan tercorot Liga Super, Kelantan 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, sebentar tadi.

Malah tuan rumah terpaksa bergantung kepada jaringan melalui penalti oleh Leandro Da Silva pada minit ke-70 untuk mencatat kemenangan ke-9.

Perak diberikan sepakan penalti itu selepas Gilmar Jose Da Silva dibentes dalam kotak penalti pada m-68.

Leandro mudah menumpaskan Mohd Sharizan Ismail untuk menceriakan penyokong tuan rumah yang jelas kecewa dengan aksi di bawah tahap sebenar dipamekan anak buah Mehmet Durakovic kali ini.

Perak sepatutnya boleh menang selesa jika penyerangnya terutama Brendan Gan menyudahkan peluang terhidang.

Dengan kemenangan itu Perak kekal di tangga kedua dengan mengutip 31 mata, manakala Kelantan semakin tenat apabila terus terdampar di tangga tercorot dengan 11 mata.

Walaupun pelawat tampil dengan semangat tinggi untuk mencari kemenangan namun setiap gerakan yang diatur penyerang muda mereka mudah dipatahkan sekali gus menyaksikan semangat menyerang mereka belum mencukupi untuk menyaingi Perak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Jun 2018 @ 12:08 AM