AKSI Arif Aiman  (tiga dari kanan) melepaskan rembatan ke gawang  lawan  di Stadium Perak. FOTO Bernama
AKSI Arif Aiman (tiga dari kanan) melepaskan rembatan ke gawang lawan di Stadium Perak. FOTO Bernama
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Super apabila menjadikan Perak FC mangsa ketujuh selepas membelasah lawan 5-0 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Skuad kendalian Esteban Solari tidak menunggu lama apabila membuka tirai jaringan hasil gol sendiri pemain tuan rumah, Hasnul Zaim Zafri seawal minit keempat perlawanan.

Juara sembilan kali itu menambah jaringan kedua pada minit ke-25 menerusi sepakan penalti Leandro Velasquez sebelum Diogo Luis Santo mudah menolak masuk untuk gol ketiga di minit ke-45.

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Selatan terus garang merobek gawang Perak dan Bergson da Silva meledak gol keempat di ke-66 selepas dia menerima lorongan baik daripada Arif Aiman.

Leandro menutup pesta jaringan di Ipoh itu dengan sepakan percuma yang terus menerjah gawang untuk menjadikan kedudukan 5-0.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2023 @ 12:18 AM