PEMAIN Serbia, Nemanja Matic ketika sesi latihan bersama pasukannya. Foto EPA-EFE
PEMAIN Serbia, Nemanja Matic ketika sesi latihan bersama pasukannya. Foto EPA-EFE
AFP

PEMAIN tengah Manchester United, Nemanja Matic berkata, Serbia bersedia sepenuhnya mengharungi perlawanan ‘amat getir’ menentang Switzerland dalam aksi penting Kumpulan E, Piala Dunia, awal pagi esok.

Serbia memperoleh kelebihan selepas mencatat kemenangan 1-0 pada aksi pertama bertemu Costa Rica, yang dibantu jaringan percuma menarik Aleksandar Kolarov ketika Switzerland mengikat Brazil, 1-1 dalam aksi kumpulan yang sama.

Dengan Brazil masih dianggap sebagai calon utama untuk layak ke peringkat seterusnya, hanya satu lagi tempat masih ditawarkan dengan kedua-dua pasukan bersaing sengit bagi mengikuti juara dunia lima kali itu.

“Kami sedar apa yang menanti kami,” kata Matic.

“Mereka memiliki kualiti dalam skuad, individu yang menakjubkan. Kami menjangkakan perlawanan seperti neraka tetapi kamu sudah bersedia untuk apa saja.”

Jurulatih Switzerland, Vladimir Petkovic bertekad skuad kendaliannya akan mengekalkan corak permainan tempo tinggi, fizikal yang membantu mereka mengikat Brazil sebelum ini.

Pemain Switzerland menjatuhkan Neymar sebanyak 10 kali pada pertemuan pertama kumpulan itu dan Petkovic berkata, pasukannya tidak bermasalah untuk melakukan perkara sama terhadap Serbia.

“Kami tidak boleh bermain secara fizikal saja,” katanya. “Kamu juga perlu mengatasi lawan kami dan turut percaya yang kami perlu bermain dengan cara kami,” kata Petkovic.

Serbia dikuatkan dengan pemain berpangkalan di England termasuk Matic, Kolarov dan penyerang Newcastle, Aleksandar Mitrovic tetapi bintang mereka ialah pemain Lazio, Sergej Milinkovic-Savic.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Jun 2018 @ 9:03 AM