PEMAIN Switzerland, Xherdan Shaqiri meraikan gol kemenangan pasukan ketika aksi menentang Serbia pada aksi Kumpulan E di Stadium Kaliningrad, awal pagi tadi. FOTO Reuters
PEMAIN Switzerland, Xherdan Shaqiri meraikan gol kemenangan pasukan ketika aksi menentang Serbia pada aksi Kumpulan E di Stadium Kaliningrad, awal pagi tadi. FOTO Reuters
Reuters

KALININGRAD, Russia: Gol minit ke-90 Xherdan Shaqiri memastikan Switzerland menang 2-1 mengatasi Serbia dalam saingan pantas Kumpulan E Piala Dunia di Kaliningrad sebentar tadi seterusnya meletakkan mereka di kedudukan baik untuk ke pusingan kalah mati.

Shaqiri membawa bola dari kawasan sendiri ketika pemain Serbia memberi tekanan dan meledak melepasi penjaga gol, Vladimir Stojkovic.

Aleksandar Mitrovic memberikan Serbia permulaan impian apabila dia menanduk masuk hantaran lintang Dusan Tadic mengatasi penjaga gol Switzerland, Yann Sommer pada lima minit pertama permainan.

Serbia mendominasi babak pertama tetapi Switzerland bangkit selepas rehat babak pertama. 

Granit Xhaka menyamakan kedudukan apabila dia mendapat bola yang melantun di luar kotak penalti dan merembat untuk jaringan pada minit ke-52.

Kemenangan Switzerland membuatkan saingan kumpulan itu terbuka, dengan mereka dan Brazil kini mengumpul empat mata dan Serbia tiga mata. 

Namun Switzerland berdepan tugasan lebih mudah dalam perlawanan terakhir berdepan Costa Rica yang sudah tersingkir.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Jun 2018 @ 4:35 AM