ADAM Norrodin. FOTO arkib NSTP
ADAM Norrodin. FOTO arkib NSTP
Sukhairi Thani


PELUMBA Moto3 negara, Adam Norrodin bakal memulakan perlumbaan Grand Prix Sepanyol dari petak ke-27, esok.

Pada sesi kelayakan di litar Jerez, hari ini, Adam mencatatkan masa sepusingan terpantas 1 minit 47.632 saat manakala Jorge Martin mewakili pasukan Del Conca Gresini Moto3 merekodkan 1’46.193s.

Berada sebaris dengan Martin nanti ialah Philipp Oettl dari pasukan Sudmetal Schedl GP Racing dengan 1’46.346s dan rakan sepasukan Martin, Fabio de Giannantonio (1’46.599s).

Untuk rekod tahun lalu di Jerez, pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu bermula dari petak ke-19 namun tidak menamatkan saingan selepas terjatuh dalam perlumbaan.

Pada musim pertamanya 2016, pelumba berusia 20 tahun itu bermula dari petak ke-27 sebelum menamatkan saingan di tangga ke-16.

Setakat tiga pusingan awal musim ini - GP Qatar, Argentina dan Amerika Syarikat - Adam sudah mengumpul 16 mata untuk berada di tangga ke-11 keseluruhan dalam carta Moto3.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Mei 2018 @ 9:42 PM