JDT melonjak daripada kedudukan 17 ke tangga 14 terbaik di Asia ketika ini. FOTO JOHOR SOUTHERN TIGERS
JDT melonjak daripada kedudukan 17 ke tangga 14 terbaik di Asia ketika ini. FOTO JOHOR SOUTHERN TIGERS
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Sentuhan magis Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke atas kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menyaksikan pasukan itu kini menghampiri kedudukan 10 kelab terbaik di Asia.

Tunku Ismail yang juga pemilik JDT nyata gembira dengan perkembangan itu dan turut meninggalkan komen di laman sosial di atas kejayaan skuad Harimau Selatan itu.

#whatcanyoudo #thegameisrigged #thetmjeffect," tulis Pemangku Sultan Johor.

Sejak dijenamakan semula dengan menggabungkan Johor FA dan Johor FC sebagai sebuah kelab profesional sepenuhnya dengan nama JDT pada 2013, pelbagai kejayaan gemilang diraih sama ada dalam saingan domestik mahupun Asia.

Ternyata tagline 'TMJ effect' berjaya melonjakkan pasukan itu muncul antara kelab paling pantas membangun di benua ini.

Terdahulu, dilaporkan kedudukan JDT dalam laman Opta Analyst menyaksikan juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu melonjak daripada kedudukan 17 ke tangga 14 terbaik di Asia ketika ini.

Pencapaian semasa itu menyaksikan juara Piala AFC 2015 itu ketika ini menghuni tangga ke-324 kelab terbaik daripada ribuan kelab di serata dunia.

Malah, kedudukan itu menjadikan jaguh tempatan itu sebagai pasukan nombor satu di Asia Tenggara dengan pesaing terdekat hadir dari Thailand iaitu Buriram United yang berada di kedudukan ke-49 di Asia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2024 @ 4:37 PM