LEGENDA bola sepak negara era 80-an, Mohd Raimi Mohammed Jamil (dalam bulatan) meninggal dunia selepas bertarung nyawa selama 11 hari susulan pembedahan pintasan jantung di IJN. - Foto NSTP
LEGENDA bola sepak negara era 80-an, Mohd Raimi Mohammed Jamil (dalam bulatan) meninggal dunia selepas bertarung nyawa selama 11 hari susulan pembedahan pintasan jantung di IJN. - Foto NSTP
Malik Muhamad

 

LEGENDA bola sepak negara era 80-an, Mohd Raimi Mohammed Jamil, 55, meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur  selepas bertarung nyawa selama 11 hari susulan pembedahan pintasan jantung.

Berita sedih itu dimaklumkan isteri Raimi, Rinawati Halan, 38, sebentar tadi yang menerima berita duka itu dengan tabah dan reda.

"Abang (Raimi) pergi dengan tenang dan mudah sebaik kami sekeluarga selesai membaca surah Yasin, walaupun sedih atas kehilangan insan tersayang tapi kami tetap reda dan berdoa semoga arwah di tempatkan dalam kalangan insan beriman apatah lagi meninggal pada hari Jumaat.

"Saya memohon semua yang mengenali arwah (Raimi) mendoakannya selain meminta jika arwah ada melakukan kesilapan supaya dapat memaafkannya," kata Rinawati.

Rinawati berkata, jenazah arwah akan di bawa pulang ke Terengganu pada malam ini sebelum di  kebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kesom Manir, dekat sini.

Hasil perkahwinan dengan Rinawati, bekas penjaga gol terbaik negara itu dua cahaya mata Muhammad Aiman Haziq, 13 dan Nur Wahida Fatiah, 14.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Mac 2018 @ 9:03 PM