PEMAIN PKS Uniten, Fatin Naimah Zaki (tengah) diasak oleh pemain MSN Kedah pada aksi Liga Hoki Wanita di Stadium Hoki Bukit Jalil. - FOTO HAFIZ SOHAIMI
PEMAIN PKS Uniten, Fatin Naimah Zaki (tengah) diasak oleh pemain MSN Kedah pada aksi Liga Hoki Wanita di Stadium Hoki Bukit Jalil. - FOTO HAFIZ SOHAIMI
Saiful Affendy Sapran


PKS Uniten-KPT tinggal hanya selangkah untuk muncul juara Liga Hoki Wanita Malaysia selepas membelasah MSN Kedah 12-3 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

 Dengan kemenangan itu, PKS kini kembali menduduki tangga teratas liga dengan mengumpul 27 mata.

 Meskipun berkongsi mata dengan Blue Warriors yang menduduki tangga kedua, PKS selesa dengan kelebihan tujuh jaringan.

 PKS jauh di depan dengan 8-1 selepas berakhir babak pertama menerusi jaringan Nur Zafirah Aziz, minit 1,Nurul Nabihah Mansur (m-5), Fatin Naimah Zaki (m-9), Fatin Shafikah Mahd Sukri (m-15), Hanis Nadiah Onn (m-19), Nuraini Abd Rashid (m-24), Wan Norfaezah Md Saiuti (m-25) dan Hanis (m-29).

 Nuramirah Syakirah Zulkifli menjaringkan gol tunggal untuk MSN minit ke-13.

 Bersambung babak kedua, PKS menambah empat lagi gol menerusi Hanis minit ke-36, Eliya Syahirah Elyas (m-43), Nurul Safiqah Mad Isa (m-50) dan Eliya m-60.

 MSN menambah dua gol sumbangan Nur Safawati Najwa Fadzil minit ke-52 dan Nur Amira Syakirah Zulkifli minit ke-59.

 PKS bakal mengesahkan kejuaraan liga sekiranya mencatat kemenangan ke atas Penang Juniors pada perlawanan terakhir liga, Isnin ini. 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Februari 2018 @ 10:59 PM