PEMAIN Bayern, Rodriguez (tengah) rai gol kedua ketika menentang Mainz.
PEMAIN Bayern, Rodriguez (tengah) rai gol kedua ketika menentang Mainz.
AFP

Berlin: Franck Ribery menyumbat gol ‘aneh’ dalam kempen Bundesliga ketika membantu Bayern Munich meraih kemenangan kelapan berturut-turut dengan menundukkan Mainz 2-0, awal pagi tadi.

Selepas lebih setengah jam perlawanan berlangsung agak gambar, pemain veteran dari Perancis itu meletakkan juara Jerman itu di depan pada minit ke-33.

Berpunca daripada sepakan sudut, tindakan pemain Mainz mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya memakan diri apabila ia tiba ke kaki Ribery yang kemudian melepaskan rembatan padu separuh voley tepat ke gawang lawan.

James Rodriguez menggandakan kedudukan sebelum babak pertama berakhir juga menerusi rembatan voley untuk sekali lagi menewaskan Robin Zentner.

“Kami kepenatan pada penghujung perlawanan,” kata pertahanan Bayern, Mats Hummels kepada Sky Sport. “Mainz menghantar bola dengan baik, tetapi kami layak untuk menang.”

Kemenangan bermakna Bayern ketika ini mempunyai kelebihan 18 mata di puncak liga mengatasi Bayer Leverkusen dan RB Leipzig.

Penyerang yang dipinjam dari Everton, Ademola Lookman meledak gol lewat dalam aksi sulungnya di pentas Bundesliga bagi

membantu Leipzig menewaskan Borussia Moenchengladbach 1-0 sekali gus kembali ke kedudukan empat terbaik liga.

Leverkusen dalam pada itu kekal di tangga kedua selepas diikat tanpa jaringan oleh SC Freiburg. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Februari 2018 @ 1:41 PM