BRITTANY mencatat empat birdie pada lima lubang terakhir. FOTO/AFP
BRITTANY mencatat empat birdie pada lima lubang terakhir. FOTO/AFP
AFP

MIAMI: Pemain golf Amerika Syarikat Brittany Lincicome mencatat empat birdie pada lima lubang terakhir untuk memenangi dua gelaran kejohanan LPGA Klasik Bahamas berturut-turut dengan kelebihan dua pukulan.

Pemain Florida berusia 32 tahun itu yang mencatat tujuh di bawah par 66 pada pusingan akhir untuk melengkapkan 54 lubang dengan 12 di bawah par 207 keseluruhan untuk menewaskan pemain Taiwan Hsu Wei-Ling, yang membuat 68 pukulan untuk mengumpul 209 keseluruhan.

Dengan bantuan lampu mudah alih yang digunakan untuk menerangi kawasan latihan sebelum fajar dinyalakan di green ke-18, Brittany melakukan putt sejauh lapan kaki untuk kembali merangkul trofi berkenaan.

“Saya berada di awangan. Saya tidak pernah mempertahankan gelaran sebelum ini. Ia sungguh luar biasa.”

Kejohanan itu dikurangkan kepada 54 lubang selepas angin kencang menjejaskan perlawanan sepanjang Jumaat dan memaksa Brittany melengkapkan pusingan kedua pagi Ahad.

Berdepan saingan lima pemain yang terikat selaku pendahulu dengan sembilan di bawah par, Brittany menguasai permainan pada sembilan lubang terakhir dengan birdie di lubang ke-14,15,17 dan 18.

“Putter saya menyelamatkan saya sepanjang hari ini,” katanya.

“Saya melakukan birdie yang hebat dan berjaya mendapatkan par, ia benar-benar menyelamatkan saya.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 January 2018 @ 12:59 PM