AKSI Aifa (kiri) dan Wen Li  ketika Kejohanan Skuasy Terbuka Junior Kuala Lumpur ke-11 di Stadium Skuasy Nasional, Bukit Jalil. -Foto ASYRAF HAMZAH
AKSI Aifa (kiri) dan Wen Li ketika Kejohanan Skuasy Terbuka Junior Kuala Lumpur ke-11 di Stadium Skuasy Nasional, Bukit Jalil. -Foto ASYRAF HAMZAH
Jumiati Rosly


SELEPAS sebulan berehat disebabkan kecederaan buku lali kanan, pemain pelapis negara, Aifa Azman memastikan gelaran kali kelima di Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Kuala Lumpur ke-11 dengan menundukkan rakan sepasukan, Lai Wen Li dalam perlawanan akhir bawah 19 tahun Perempuan di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil di sini hari ini.

Genap berusia 16 tahun pada 18 Disember ini, Aifa yang mewakili pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)/Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) mudah mengatasi Wen Li 11-3, 11-7 sebelum berhempas pulas untuk menamatkan saingan 13-11 bagi memastikan kejayaan pertamanya selepas berehat daripada kecederaan.

“Perlawanan tadi adalah sukar bagi saya memandangkan saya baru kembali berlatih selama tiga minggu. Ini adalah kejohanan pertama saya menjelang Terbuka Remaja Britain yang akan berlangsung tidak lama lagi (3-7 Januari 2018 di Birmingham),” katanya yang sebelum ini memenangi gelaran bawah 9, 11, 13 dan 15 tahun.

Pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu berkata dia mensasarkan untuk memenangi gelaran pada Terbuka Remaja Britain nanti apabila bertanding dalam kategori bawah 17 tahun.

“Tahun lalu saya sekadar menduduki tempat kelima pada Terbuka Remaja Britain (bawah 17), jadi kali ini saya harap dapat memenangi kejuaraan pula,” kata Aifa.

Sementara itu, dalam kategori bawah 17 lelaki, Muhammad Harris Ramlee dari Selangor berjaya mengejutkan pilihan pertama, Mohd Amir Amirul Azhar (SSBJ/SRAM) dengan kemenangan 8-11, 11-9, 11-8, 4-11, 11-5.

“Tadi saya bermain sambil menahan kesakitan di kaki kanan, saya cuma bertahan untuk bermain supaya dia (Mohd Amir) kepenatan,” kata Harris yang berusia 16 tahun.

Katanya dia sudah menjangkakan saingan sukar memandangkan lawannya itu menjalani latihan setiap hari di bawah program pelapis.

KEPUTUSAN

B-9 Perempuan: Harleein Tan (Negeri Sembilan) mn Amanda Nur Mumtazah Muhammad (Kedah) 11-6, 11-5, 4-11, 5-11, 11-4

B-9 Lelaki: Jaydeen Oon (KL) mn Sheik Muhammad Darwish (Pahang) 11-5, 11-4, 11-4

B-11 Perempuan: C Sashmini (Perak) mn Doyce Ye San Lee (Sabah) 11-5, 11-3, 11-6

B-11 Lelaki: Abdul Fahmi Abd Basir (Kedah) mn Lee Hong Wong (Sarawak) 2-11, 2-11, 11-6, 13-11, 12-10

B-13 Perempuan: K Sehveetrraa (Kedah) mn Yu Jie Chen (Negeri Sembilan) 11-4, 11-9, 11-6

B-13 Lelaki: Mohammad Hamza Khan (Pakistan) mn Harith Daniel Jefri (Sarawak) 11-6, 11-6, 11-6

B-15 Perempuan: Aira Azman (Kedah) mn N Shasmithaa (Selangor) 10-2, 11-7, 11-7, 11-8

B-15 Lelaki: Asad Ullah Khan (Pakistan) mn Joachim Chuah (KL) 12-10, 12-14, 12-10, 11-7

B-17 Perempuan: M Kiroshanna (Negeri Sembilan) mn Ayumi Watanabe (Jepun) 11-5, 11-3, 11-4

B-17 Lelaki: Muhammad Harris Ramlee (Selangor) mn Mohd Amir Amirul Azhar (SSBJ/SRAM) 8-11, 11-9, 11-8, 4-11, 11-5

B-19 Perempuan: Aifa Azman (SSBJ/SRAM) mn Lai Wen Li (SSBJ/SRAM) 11-3, 11-7, 13-11

B-19 Lelaki: Matthew Lucante (New Zealand) mn Yee Xian Siow (SSBJ/SRAM) 6-11, 11-8, 11-6, 11-8

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Disember 2017 @ 6:10 PM