Jessica (kiri) meraikan kemenangan ke atas Aira Azman. FOTO OWEE AH CHUN
Jessica (kiri) meraikan kemenangan ke atas Aira Azman. FOTO OWEE AH CHUN
Jumiati Rosly


KUALA LUMPUR: Pemain skuasy Sabah, Jessica Keng berjaya membalas dendam terhadap Aira Azman apabila menewaskan lawan dari Kedah itu pada separuh akhir Kejohanan Terbuka Remaja Kuala Lumpur ke-12 di Pusat Skuasy Nasional, Bandar Sukan Kuala Lumpur hari ini.

Jessica, 16, yang diletakkan sebagai pilihan utama kategori wanita bawah 19 tahun, berkata beliau sebelum ini dikejutkan dengan kekalahan 3-1 kepada Aira, 14, dalam Kejohanan Skuasy Remaja Yayasan CIMB pada Mei lalu di Pulau Pinang.

"Saya memang mahu menang pada hari ini apa lagi mempunyai keyakinan yang lebih selepas tewas kepada pemain lebih muda (Aira) tempohari.

"Walaupun pada mulanya saya agak tertekan kerana ketinggalan 2-1 tetapi saya cuba membaiki kelemahan saya dengan banyakkan bermain di bahagian belakang dan selepas itu saya mula dapatkan mata demi mata untuk menang 3-2," katanya selepas mencatatkan 11-9, 8-11, 8-11, 11-6, 11-8 untuk menempah tiket ke final esok.

Jessica akan bertemu pemain pilihan kedua, Ooi Kah Yan dari Negeri Sembilan yang terdahulu menundukkan pemain Kuala Lumpur, Noor Ainaa Amani Ampandi 11-6, 11-9, 1-11, 11-8 untuk memperoleh tiket ke final.

Perlawanan pusingan akhir lelaki bawah 17 tahun esok pula bakal menyaksikan dua rakan baik, Kiven Shanmugam dari Kedah dan Ishant Shah Atul Kumar dari Pulau Pinang bertemu di gelanggang penentuan juara.

Terdahulu, Kiven menewaskan pemain Afrika Selatan, Reuel Videler 11-7, 11-4, 11-7 sementara Ishant Shah menewaskan pemain Mesir, Mohamed Zakaria Abdel Hammed Omar 11-4, 11-3, 11-7 dalam pusingan separuh akhir.

"Ishant Shah dan saya rakan baik di luar gelanggang tetapi untuk esok kami akan bersaing untuk melihat siapa muncul juara. Apa pun terjadi, kami masih kekal berkawan baik," kata Kiven.

Keputusan separuh akhir

Lelaki

Bawah 13 tahun: Harith Danial Jefri (SWK) mn Seojin Oh (SKR) 13-11, 9-11, 11-6, 11-3; Veroon Heng (MLK) mn Hashvind Kugan (KUL) 9-11, 11-3, 11-6, 12-10.

Bawah 15 tahun: Andrik Lim Kai Shan (MLK) mn Hi Jia Rong (SSBJ/SWK) 11-8, 11-5, 12-10; Ameeshenraj Chandran (NSE) mn Joachim Chuah (KUL)

Bawah 17 tahun : Kiven Shanmugam (KDH) mn Reuel Videer (SA) 11-7, 11-4, 11-7; Ishant Kumar Atul Kumar (PNG) mn Mohamad Zakaria Abdel Hammed Omar (EGY) 11-4, 11-3, 11-7.

Bawah 19 tahun: Duncan Lee (SAB) mn Amir Amirul Azhar (KTN) 11-8, 7-11, 11-9, 9-11, 11-5; Siow Yee Xian (MLK) mn R Rutvik (IND) 9-11, 11-7, 11-0, 11-8.

Perempuan

Bawah 15 tahun: Sehveethraa Kumar (KDH) mn Claudia Yong (SWK) 11-9, 11-6, 11-3; Yasshmita Jadish Kumar (NSE) mn Chen Yu Jie (NS) 11-6, 11-0, 11-8.

Bawah 17 tahun: KIroshanna Manoharan (NS) mn Shasmithaa Nityanandan (SEL) 13-11, 11-4, 11-4; Wong Heng Wai (KDH) mn Vharshamithraa Dinesh (SEL) 11-4, 11-8, 11-4.

Bawah 18 tahun: Jessica Keng Jia Hui (SBH) mn Aira Azman (KDH) 11-9, 8-11, 8-11, 11-6, 11-8; Ooi Kah Yan (NSE) mn Noor Ainaa Amani Ampandi (KUL) 11-6, 11-9, 1-11, 11-8.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Disember 2018 @ 6:03 PM