WOODS pulih dari kecederaan belakang.
WOODS pulih dari kecederaan belakang.
AFP

WASHINGTON: Tiger Woods, yang kembali membuat kemunculan semula minggu ini berkata, dia ‘menikmati kehidupan’ selepas bebas daripada kesakitan yang cuba diatasinya dengan pelbagai kaedah perubatan.

Juara kejohanan utama 14 kali itu bakal memulakan aksinya dalam Cabaran Dunia Hero di Kelab Golf Albany, Bahamas awal pagi Jumaat ini iaitu aksi pertamanya sejak menarik diri daripada kejohanan Klasik Desert Dubai, Februari lalu.

Dia menjalani pembedahan April lalu untuk membetulkan bahagian bawah tulang belakangnya.

Selepas pembedahan belakang keempat, dia terbabit pula dengan insiden memandu di bawah pengaruh dadah pada 29 Mei lalu, apabila didapati tertidur di dalam kereta dan ujian toksik mendapati beberapa jenis ubat dikesan dalam sampel darahnya.

“Saya cuba menghilangkan kesakitan itu dan cuba untuk tidur, ia perkara yang sudah lama tidak dapat saya lakukan kerana masalah yang dihadapi,” kata Woods mengenai kejadian yang membawanya kepada insiden itu.

ZAIDI (kanan) dan Hairul Naim membawa kucing peliharaannya ke tempat lebih selamat selepas rumahnya dilanda banjir di Kampung Bukit Mentok, Kemaman. FOTO Ghazali Kori
ZAIDI (kanan) dan Hairul Naim membawa kucing peliharaannya ke tempat lebih selamat selepas rumahnya dilanda banjir di Kampung Bukit Mentok, Kemaman. FOTO Ghazali Kori

“Saya berjaya mengharunginya dan ia sesuatu yang luar biasa. Saya tidak sedar betapa teruknya keadaan belakang saya. Sukar untuk percaya apa yang saya lalui, kaki saya tidak berfungsi dan sukar untuk tidur disebabkan kesakitan itu.

“Kini belakang saya sudah pulih, saya boleh tidur kembali kerana saraf di kaki saya tidak sakit lagi dan dapat menikmati kehidupan sekarang.”

Woods yang kali terakhir menjulang gelaran utama pada 2008 menjelaskan pembedahannya terakhirnya lebih kepada memperbaiki kualiti kehidupan berbanding mengenai golf.

“Saya berada di katil selama dua tahun dan tidak banyak yang boleh dilakukan. Jadi sebaik pulih terutamanya dapat menyertai sukan yang saya cintai sejak kecil dan kembali bermain bersama mereka, ia sesuatu yang benar-benar saya rindukan.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 12:15 PM