POGBA (tengah) gigih berlatih bersama rakan sepasukan.
POGBA (tengah) gigih berlatih bersama rakan sepasukan.
MOURINHO (kanan) harap Pogba segera pulih.
MOURINHO (kanan) harap Pogba segera pulih.
AFP

MANCHESTER, United Kingdom: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho percaya dia wajar dipuji kerana tidak terlalu merungut mengenai isu kecederaan Paul Pogba serta pemain lain yang menjejaskan skuadnya.

Pogba - pemain tengah Perancis itu tidak beraksi hampir dua bulan kerana kecederaan hamstring ketika menang 3-0 ke atas Basel dalam aksi Liga Juara-Juara, 12 September lalu.

Lima pemain lagi iaitu Marouane Fellaini, Michael Carrick, Marcos Rojo, Zlatan Ibrahimovic dan Jesse Lingard juga direhatkan ketika ini dan Mourinho berkata, ketiadaan mereka juga perlu diambil kira.

POGBA (tengah) gigih berlatih bersama rakan sepasukan.
POGBA (tengah) gigih berlatih bersama rakan sepasukan.

“Anda tahu, ini semua salah saya kerana saya sepatutnya menangis setiap minggu mengenai kecederaan pemain kami dan mengingatkan semua orang setiap hari atau setiap sidang media,” katanya.

“Ini cara saya menghadapi masalah. Ini cara saya cuba mendapatkan motivasi, menghormati dan memberi keyakinan kepada pemain yang akan menggantikan mereka.

“Namun mungkin juga saya perlu melihat kembali profil saya. Saya tahu saya sering merungut terhadap banyak perkara, tetapi saya tidak berbuat demikian ketika isu kecederaan dan patut melakukannya.

“Saya fikir pengurus lain pasti akan bercakap mengenai Pogba setiap hari. ‘Oh, saya tiada Pogba. Oh, bila saya akan dapat Pogba?’

“Oh, 10 perlawanan tanpa Pogba. Oh, semua aksi kumpulan Liga Juara-Juara tanpa Pogba. Oh, semua perlawanan penting itu - menentang Liverpool, Chelsea, Spurs - Pogba. Oh.”

“Saya tidak bercakap mengenai Pogba sepanjang masa, hanya apabila anda bertanyakan mengenai situasinya.”

United kini ketinggalan lima mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City menjelang kunjungan ke laman Chelsea, esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2017 @ 10:10 AM