PEMAIN tengah Sarawak, Mohd Alif Hassan (tengah) diasak pemain Terengganu, Adib Aizuddin Ab Latif (kanan)  di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.
PEMAIN tengah Sarawak, Mohd Alif Hassan (tengah) diasak pemain Terengganu, Adib Aizuddin Ab Latif (kanan) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.
Malik Muhamad


BIARPUN aksi bertemu Sarawak tidak membawa sebarang makna buat kedua-dua pasukan, ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim tetap kecewa apabila anak buahnya melepaskan peluang keemasan untuk mencatat kemenangan dalam aksi terakhir Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Malah lebih mengecewakan jurulatih berpengalaman itu apabila anak buahnya gagal mempertahankan kelebihan mendahului 3-1 sebelum skuad Bujang Senang berjaya mengikat kedudukan 3-3 hingga tamat perlawanan.

PEMAIN tengah Terengganu, Mohd Faiz Nasir (kanan) merembat gol dihadapan pintu gol Sarawak. -FOTO/GHAZALI KORI
PEMAIN tengah Terengganu, Mohd Faiz Nasir (kanan) merembat gol dihadapan pintu gol Sarawak. -FOTO/GHAZALI KORI

“Kami sudah mendahului 2-0 dan kemudian 3-1 dan ketiga-tiga jaringan itu adalah jaringan cantik, tapi pada masa sama kami melepaskan gol mudah, gol pertama melalui situasi bola mati, gol kedua kesilapan mengeluarkan bola dalam kawasan bahaya dan gol ketiga pemain lambat memberi tekanan kepada lawan.

“Saya tidak boleh salahkan pemain pertahanan, tapi saya salahkan pemain yang ada dekat dengan bola kerana lambat memberi tekanan kepada pemain lawan yang menguasai bola.

“Kami berlatih bagaimana untuk beraksi menentang MISC-MIFA minggu depan, saya anggap nombor 24 MIFA lebih baik berbanding nombor 9 pasukan Sarawak, sepatutnya pemain kami mampu menyaingi pemain itu, namun yang berlaku adalah sebaliknya pada malam ini.

“Pemain bagaikan hilang arah, pemain tengah ada kalanya terlalu ke bawah sangat dan ada ketikanya terlalu ke atas sangat, lambat turun dan naik, jadi saya harap jangan ulangi kesilapan sama lawan MIFA nanti,” kata Irfan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 September 2017 @ 2:52 PM