MOHD Shahrul bergambar bersama isterinya, Anis Natasha Ishak selepas meraih pingat perak dalam acara lumba basikal lebuhraya lepas beramai-ramai individu lelaki. -Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR
MOHD Shahrul bergambar bersama isterinya, Anis Natasha Ishak selepas meraih pingat perak dalam acara lumba basikal lebuhraya lepas beramai-ramai individu lelaki. -Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR
Farah Azharie


PELUMBA negara Mohd Shahrul Mat Amin meraih pingat perak dalam acara Mass Start atau lepas beramai-ramai jalan raya lelaki di Dataran Nilai, Negeri Sembilan, hari ini.

Shahrul ketinggalan 0.04 saat di belakang pemenang emas dari Thailand, Nawuti Liphongyu yang mencatatkan masa 3 jam 26 minit manakala pelumba Vietnam Mai Nguyen Hung meraih gangsa selepas melengkapkan perlumbaan sejauh empat pusingan membabitkan jarak 141.6 kilometer.

Juara bertahan acara ini, Mohd Harrif Saleh dari Malaysia hanya menduduki tangga ke-30 dengan masa 3:31:58.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Ogos 2017 @ 3:03 PM