ISKANDAR Zulkarnain beraksi pada pusingan suku akhir menentang pemain Laos. -Foto AIZUDDIN SAAD
ISKANDAR Zulkarnain beraksi pada pusingan suku akhir menentang pemain Laos. -Foto AIZUDDIN SAAD
Fabian Peter


SKUAD badminton lelaki negara mara ke separuh akhir acara berpasukan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas menang 3-0 ke atas Laos di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Pada perlawanan pembukaan, pemain perseorangan Iskandar Zulkarnain Zainuddin menundukkan Vixunnalath Phichith 21-7, 21-10 sebelum beregu kedua Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mengalahkan Namboun Luangamath-Sengrthit Sypaseuth 21-9, 21-5.

Soong Joo Ven melengkapkan kemenangan Malaysia dengan menewaskan Xaysomphone Vongpachith 21-10, 21-9.

Malaysia akan bermain menentang pemenang antara Singapura dan Myanmar di separuh akhir, esok.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2017 @ 5:24 PM