Pemain JDT Safiq Rahim terjatuh diasak pemain Sarawak Milos Raickovic. FOTO BERNAMA
Pemain JDT Safiq Rahim terjatuh diasak pemain Sarawak Milos Raickovic. FOTO BERNAMA
Mohd Sabran Md Sani


PASUKAN Johor Darul Ta'zim (Johor DT) memulakan saingan Piala Malaysia dengan aksi cemerlang apabila menewaskan Sarawak 4-0 dalam saingan Kumpulan D di Stadium Larkin, Johor, malam ini.

Gol sulung pasukan Harimau Selatan dijaringkan menerusi tandukan Marcos Antonio ke gawang lawan m-11.

Pemain import Johor DT, Gabriel Miguel Guerra menjaringkan gol kedua hasil sepakan penalti diperoleh m-25.

Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah menambah gol ketiga hasil jaringan Gabriel Miguel Guerra m-72.

Ignacio Insa Bohigues menambah gol keempat buat JDT hasil sepakan pada m-83.

Meskipun melakukan beberapa pertukaran pemain skuad Bujang Senang terpaksa pulang hampa tewas empat gol kepada Harimau Selatan sehingga babak kedua perlawanan berakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2017 @ 11:19 PM