IURIE miliki rekod cemerlang bersama beberapa pasukan.
IURIE miliki rekod cemerlang bersama beberapa pasukan.
Nazri Abu Bakar

Melaka: Nama bekas pengendali Persib Bandung dan Persija dalam Liga Indonesia, Arcan Iurie menjadi antara pilihan buat Melaka United menggantikan Eric Williams sebagai ketua jurulatih baru skuad itu.

Walaupun sebelum ini Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) menyenarai jurulatih tempatan, namun perbincangan persatuan itu bersama Iurie semalam dilihat membuka ruang buat pembimbing kelahiran Moldova itu mengambil alih tugas Williams.

Pengurus Melaka Datuk Yusoff Mahadi berkata, tidak dinafikan MUSA berminat memancing pengendali itu berdasarkan rekod cemerlangnya bersama pasukan yang pernah dibimbingnya.

Menurutnya, kecenderungan memilih jurulatih luar tetap ada walaupun beberapa nama termasuk ketua jurulatih skuad Harimau Muda C, Hassan Sazali Waras, Azrai Khor Abdullah, K Devan dan Datuk K Rajagobal terdapat dalam senarai akhir.

“Pilihan untuk mengambl jurulatih import berdasarkan beberapa keperluan. Sehubungan itu kami kini memiliki lebih lapan calon jurulatih asing sebelum memutuskan senarai akhir.

“Bekas jurulatih Hong Kong, Dejan Antonic juga dalam senarai pendek kami. Beliau juga memiliki rekod baik dan antara yang berada dalam pemerhatian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Jun 2017 @ 9:41 AM