DIPLOMA Teknologi Makmal Perubatan di MSU College menyediakan pengajian yang komprehensif dan mengikut sukatan modul terkini.
DIPLOMA Teknologi Makmal Perubatan di MSU College menyediakan pengajian yang komprehensif dan mengikut sukatan modul terkini.
Fazurawati Che Lah

TEKNOLOGI makmal perubatan adalah satu bidang ilmu sains dan amalan penyelidikan makmal yang digunakan untuk membantu dalam diagnosis seperti menganalisis dan mentafsir keputusan, menentukan punca penyakit, cara kawalan serta penyembuhan.

Kerjaya ini sangat menarik dan mencabar khusus bagi mereka yang mempunyai minat mendalam berkaitan teknologi sains gunaan.

Malaysia turut menyaksikan permintaan yang semakin meningkat terhadap karier dalam bidang ini sehingga peluang kerjaya dalam bidang ini ada ditawarkan di pelbagai institusi.

Antara institusi yang menawarkan program ini merangkumi hospital awam dan swasta, jabatan kesihatan awam, pusat rawatan, klinik haiwan, makmal radioisotope, makmal penyelidikan patologi, jabatan pembangunan farmaseutikal, universiti dan bidang perubatan forensik.

Tidak ketinggalan, MSU College turut menawarkan program Diploma Teknologi Makmal Perubatan dengan kombinasi struktur pengajian yang komprehensif dan mengikut sukatan modul terkini.

Dalam tempoh pengajian tiga tahun penuntut akan mempelajari pelbagai perkara baru termasuk bagaimana untuk menjalankan ujian makmal dan analisis data yang dilengkapkan dengan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal selaras keperluan industri perubatan moden.

Graduan MSU College seterusnya berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Bacelor di Management & Science University (MSU) menerusi Faculty of Health & Life Sciences (FHLS).

Seterusnya bagi yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran, graduan boleh memohon untuk melanjutkan pengajian dalam program Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) yang ditawarkan MSU menerusi International Medical School (IMS) di kampus Shah Alam atau kampus pesisir pantai di Bangalore, India.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2020 @ 6:30 AM