PENUNTUT turut dilengkapkan dengan pengetahuan teori yang luas dan kemahiran praktikal.
PENUNTUT turut dilengkapkan dengan pengetahuan teori yang luas dan kemahiran praktikal.
Fazurawati Che Lah


Teknologi Makmal Perubatan adalah satu bidang apabila ilmu sains dan amalan penyelidikan makmal digunakan untuk membantu dalam diagnosis iaitu menganalisis serta mentafsir keputusan, menentukan punca penyakit, cara kawalan dan penyembuhan.

Kerjaya ini sangat menarik dan mencabar khususnya bagi mereka yang mempunyai minat mendalam berkaitan teknologi sains gunaan.

Negara kita turut menyaksikan permintaan yang meningkat terhadap karier dalam bidang ini.

Peluang kerjaya dalam bidang ini turut ditawarkan di pelbagai institusi termasuk hospital awam dan swasta, jabatan kesihatan awam, pusat rawatan, klinik haiwan, makmal radioisotope, makmal penyelidikan patologi, jabatan pembangunan farmaseutikal, universiti dan bidang perubatan forensik.

MSU College menawarkan program Diploma Teknologi Makmal Perubatan dengan kombinasi struktur pengajian yang komprehensif dan mengikut sukatan modul terkini.

Program ini menggabungkan pendidikan umum, sains kesihatan dan sains makmal klinikal bagi melengkapkan graduan dengan penilaian serta etika yang baik dalam membuat keputusan.

Dalam tempoh pengajian selama tiga tahun siswa akan mempelajari pelbagai perkara baru termasuk menjalankan ujian makmal dan analisis data, cecair dan tisu badan untuk membantu doktor dalam diagnosis serta pengurusan penyakit.

Penuntut turut dilengkapkan dengan pengetahuan teori yang luas dan kemahiran praktikal selaras keperluan industri perubatan moden.

Graduan MSU College seterusnya berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Bacelor di Management & Science University (MSU) menerusi Faculty of Health & Life Sciences (FHLS).

Seterusnya bagi yang berminat untuk meneruskan dalam bidang kedoktoran, graduan boleh memohon melanjutkan pengajian dalam program Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) yang ditawarkan MSU menerusi International Medical School (IMS) di kampus Shah Alam atau kampus pesisir pantai di Bangalore, India.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 November 2017 @ 3:46 PM