Ruwaida Md Zain

Shah Alam: Setiap pelanggan yang berbelanja di mana-mana pusat beli belah Aeon Co. (M) Bhd. (Aeon) di seluruh negara berpeluang memiliki pelbagai peralatan memasak dengan harga mampu milik menerusi Program Star Rewards Chef Wan-Neoflam.

Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran Aeon, Low Ngai Yuen berkata, melalui program ini, Aeon Star Rewards memberi kemudahan kepada pengguna mendapatkan lapan peralatan memasak berkualiti dengan harga mampu milik.

Menurutnya, antara produk yang bakal dimiliki adalah Fry Pan with Ecolon Coating, Square Grill Pan with Ecolon Coating, Casserole with Drainer Glasses Lid.

"Setiap perbelanjaan sebanyak RM30 di Aeon secara fizikal, pelanggan diberi satu keping setem (untuk bukan ahli) dan dua keping setem (untuk ahli AEON) bagi manakala pembelian menerusi aplikasi iAeon pula akan menerima e-setem.

"Tambahan tiga setem akan diberikan kepada ahli Aeon yang membeli melalui Aeon Member Plus, Aeon Credit Card atau Aeon Wallet.

"Selepas mengumpul bilangan setem minimum (20 setem fizikal untuk ahli AEON, 15 setem fizikal untuk bukan ahli dan lapan e-setem), pelanggan boleh menebus setem berkenaan untuk membeli produk Neoflam," katanya.

LOW Ngai Yuen (kiri) bersama Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan (tengah) pada Program Star Rewards Chef Wan - Neoflam di AEON Mall Shah Alam. FOTO Faiz Anuar
LOW Ngai Yuen (kiri) bersama Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan (tengah) pada Program Star Rewards Chef Wan - Neoflam di AEON Mall Shah Alam. FOTO Faiz Anuar

Beliau berkata demikian dalam sidang media di majlis pelancaran program berkenaan yang dihadiri Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan di Aeon Mall Shah Alam, Seksyen 13, di sini semalam.

Low berkata, program Aeon Star Rewards memperkenalkan Neoflam kerana ia satu jenama peralatan memasak berkualiti tinggi.

"Produk ini juga mempunyai reka bentuk menarik yang diimport dari Korea Selatan, kini boleh didapati di kesemua rangkaian pasar raya Aeon seluruh negara malah produknya ringan dan mudah digunakan, hasil teknologi EcolonTM yang tidak melekat dan tahan lasak," katanya.

Beliau berkata, program itu julung kali bekerjasama dengan ikon terkenal Malaysia dalam arena masakan, Chef Wan.

"Makanan dan masakan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan budaya dan cara hidup rakyat Malaysia keseluruhannya.

"Chef Wan adalah individu tepat untuk mewakili koleksi peralatan memasak Neoflam ini malah beliau juga secara eksklusif mengiktiraf peralatan memasak Neoflam untuk Aeon.

"Selaras dengan motto Chef Wan 'Makanan yang baik menyatukan kita semua', kami percaya kunci utama menyediakan masakan yang baik melalui peralatan memasak bermutu dan berkualiti," katanya.

Katanya, pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut serta terma dan syarat AEON Star Rewards, sila layari www.aeonretail.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 April 2022 @ 12:57 PM