Kuala Lumpur: AEON Co (M) Bhd memperkenalkan kempen Do Mall bagi memperkenalkan lagi produk inovasinya, sekali gus menjadi pusat membeli-belah terkemuka di negara ini.

Pengarah Eksekutifnya, Poh Ying Loo berkata, pihaknya melancarkan 3,000 skrin di pusat beli-belahnya untuk memberi pengalaman membeli-belah digital kepada pelanggan.

“Ini adalah pelan perancangan AEON untuk terus bergerak ke hadapan dan mencapai pertumbuhan memberangsangkan,” katanya.

AEON juga julung kali mengadakan Anugerah AEON Business Partners Alliance (ABPA) yang terdiri daripada dua kategori iaitu AEON Retail Business Partner dan AEON Mall Business Partner.

Dianggarkan 200 rakan niaga menghadiri majlis anugerah terbabit yang dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lee Chee Leong.

Bagi kategori AEON Retail Business Partner, anugerah itu diterima SCA Hygiene Marketing (M), Blue Lace (Malaysia) dan Samsung Malaysia Electronics yang mencatatkan jualan tertinggi sepanjang tahun lalu.

Manakala bagi kategori AEON Mall Business Partner, anugerah itu dimenangi City Chain (M) di AEON Sri Manjung, Berjaya Starbucks Coffee Company di AEON Rawang, Al-Ikhsan Sports di AEON Bukit Indah dan Incomm Pemasaran di AEON Cheras Selatan untuk aksesori, F&B dan fesyen.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2015 @ 5:55 AM