PENCARIAN empat wanita TFHB Guardian kini bermula di seluruh negara.
PENCARIAN empat wanita TFHB Guardian kini bermula di seluruh negara.
HM Digital

PENERAJU rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit, Guardian Malaysia kembali mengadakan peraduan popularnya untuk mencari The Face of Healthy Beauty (TFHB).

Ketua Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Angela Teo berkata, pencarian pertama TFHB pada tahun 2019 adalah satu kejayaan besar kerana pihaknya berjaya menemui ramai wanita negara ini yang hebat, melambangkan visi kecantikan sihat mereka.

Malangnya, disebabkan penularan pandemik Covid-19 mereka terpaksa menangguhkan acara itu sehingga tahun ini dan pihaknya begitu teruja.

Kata Angela, pencarian itu bukanlah pertandingan kecantikan sebaliknya, kempen berkenaan meraikan kecantikan yang sihat.

"Ia menggalakkan orang ramai untuk menerima segala keunikan diri dan kecantikan dalaman serta luaran mereka.

"Healthy Beauty ialah individu yang positif, dinamik, lemah lembut tetapi bersemangat, ceria, penyayang dan menginspirasi dengan keyakinan yang lahir dari perasaan yang baik secara holistik.

"Mereka juga mahu memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah melalui perkara yang menggembirakan dan memuaskan hati mereka," katanya.

Dalam pada itu, pencarian itu adalah usaha seluruh negara untuk mencari empat individu yang paling sesuai dinobatkan sebagai TFHB bagi menjadi duta kecantikan sihat.

Konsep Healthy Beauty adalah teras falsafah jenama itu dan ia terhasil daripada wawasan pengguna yang meyakini bahawa kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar.

Menurut Angela lagi, pihaknya mendapati bahawa pelanggan mereka percaya bahawa kecantikan sebenar datang daripada tubuhyang sihat dan mental sejahtera.

"Malah trend itu juga membantu kami berkembang daripada sebuah stor kesihatan dan kecantikan, kepada sebuah jenama dengan matlamat memberi inspirasi kepada pelanggan untuk menjalani hidup yang sihat serta indah.

"Untuk mencapai misi berkenaan, kakitangan jualan kami dilatih untuk menjadi penasihat penjagaan kecantikan dan kesihatan. Manakalastor kami terus menawarkan produk terkini dan paling inovatif dari seluruh dunia pada nilai terbaik kepada pelanggan," katanya.

Sementara itu, semua empat pemenang peringkat akhir akan menerima kontrak setahun dengan Guardian, penampilan muka hadapan katalog dan material jualan lain, produk daripada penganjur yang mengambil bahagian serta wang tunai RM10,000 dan baucar bernilai RM10,000.

Lebih istimewa, produk penjagaan mandian jenama itu yang bernilai RM5,000 juga disediakan untuk disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan pemenang.

Ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas dengan penyertaan yang perlu dihantar secara dalam talian mulai 26 Jun hingga 6 Ogos ini atau klik pada kod QR di semua platform media sosial Guardian dan di stor jenama itu.

Peserta perlu memuat naik video berdurasi 30 saat, menerangkan 'Mengapa mereka ingin menjadi The Face of Healthy Beauty,?Satu gambar berukuran penuh dan satu gambar passport.

Seratus dua puluh peserta yang disenarai pendek akan dipilih untuk menghadiri peringkat separuh akhir yang akan diadakan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuching, Sarawak.

Lima peserta separuh akhir dari setiap wilayah akan berentap di pusingan akhir yang bakal berlangsung pada 21 Oktober depan.

Selain itu, mulai 18 September hingga 8 Oktober ini, orang ramai juga boleh mengundi untuk memilih pemenang pilihan mereka pada pusingan akhir.

Undian yang diterima untuk setiap finalis akan menyumbang 40 peratus daripada jumlah markah di peringkat akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Julai 2023 @ 6:07 AM