ANUGERAH penghargaan jenama tahunan guardian kembali dengan format baharu yang lebih menarik.
ANUGERAH penghargaan jenama tahunan guardian kembali dengan format baharu yang lebih menarik.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


ANUGERAH penghargaan jenama tahunan guardian kembali dengan format baharu yang lebih menarik.

Menampilkan barisan jenama kecantikan dan kesejahteraan yang paling digemari, beberapa peningkatan diperkenalkan termasuk Best Sellers 2024 selain produk Pilihan Pakar serta peluang mengundi jenama kegemaran masing-masing.

Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, Anna Ng berkata, mereka teruja menjadi kurator utama dalam keperluan kecantikan dan kesejahteraan, memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.

"Industri kecantikan dan kesejahteraan berkembang menjadi sebuah alam yang dipandu oleh 'pemperibadian' serta pengetahuan.

"Dengan kemajuan pesat teknologi dan inovasi serta pengaruh media sosial, pengguna mencari teman yang dipercayai untuk pilihan tawaran jenama ideal dalam pasaran yang sentiasa berkembang," katanya.

Dalam pada itu, untuk kategori Best Sellers 2024, 10 produk inovatif dan terlaris disusun dengan teliti dalam setiap segmen Kosmetik, Penjagaan Kulit, Penjagaan Diri dan Penjagaan Kesihatan bagi mencerminkan kumpulan pilihan pelanggan.

Pilihan produk terlaris pula meliputi pilihan jenama untuk memupuk kesihatan dalaman sehinggalah kepada jenama yang menyerlahkan kecantikan luaran.

Ia adalah antara produk terkini yang terdapat di pasaran antara 1 November 2022 hingga 31 Oktober 2023.

Menurut Ng, bagi segmen produk terhangat Pilihan Pakar, lima pakar industri terkemuka ditugaskan untuk menilai 54 produk terkini dalam segmen Kosmetik, Penjagaan Kulit, Penjagaan Diri dan Penjagaan Kesihatan.

DOKTOR Perubatan dan Pencipta Kandungan Kecantikan, Dr Amanda Elli dan  jurusolek, Japhet Bong antara lima panel bagi produk terhangat Pilihan Pakar.
DOKTOR Perubatan dan Pencipta Kandungan Kecantikan, Dr Amanda Elli dan jurusolek, Japhet Bong antara lima panel bagi produk terhangat Pilihan Pakar.

"Penilaian dibuat bagi menentukan antaranya Produk Baharu Terbaik, Jenama Korea Terbaik, Kosmetik Vegan Terbaik, dan Inovasi Kesejahteraan Terbaik.

"Ia adalah satu usaha yang menarik untuk mendengar makluman dari panel perintis trend yang menguji sendiri dan memilih produk pilihan mereka di antara produk-produk terbaik," katanya.

Selain itu, pelanggan juga boleh menyertai anugerah itu dengan mengundi jenama kesayangan mereka daripada 85 subkategori merentasi segmen Kosmetik, Penjagaan Kulit, Penjagaan Peribadi, dan Penjagaan Kesihatan dalam bahagian Kegemaran Peminat.

Dengan mengundi juga, pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah sehingga RM50,000 termasuk dua Hadiah Utama berupa Samsung Galaxy S24+ berserta baucer guardian bernilai RM500 setiap seorang.

Lebih menarik, semua penyertaan yang berjaya juga akan menerima e-baucer guardian bernilai RM10.

Sementara itu, Anna berkata, sepanjang tempoh peraduan iaitu hingga 2 Julai depan, guardian juga akan mengadakan pelbagai promosi menarik di stor dengan diskaun sehingga 50 peratus untuk beberapa barangan.

"Pelanggan adalah pakar utama kami dan suara mereka adalah berharga.

"Melalui peraduan ini, kami memberi kuasa kepada mereka untuk menjulang produk-produk terbaik yang terdapat di stor kami, sekali gus memastikan pilihan yang dipilih selaras dengan keperluan dan keinginan mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 6:30 AM