PRISCILLA (tengah) merasmikan pembukaan stor utama berkenaan di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur.
PRISCILLA (tengah) merasmikan pembukaan stor utama berkenaan di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Lebih luas, selesa dan banyak pilihan produk.

Bagi menyediakan pengalaman membeli-belah yang lebih menarik, peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit terkemuka, Guardian Malaysia (Guardian) melancarkan stor utama serba baharu, tercanggih dan terbesar di Asia Tenggara.

Stor berkeluasan 7,000 kaki persegi itu terletak di Pusat Membeli-Belah Mid Valley, Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan, Health and Beauty, Malaysia dan Brunei, Priscilla Wu berkata, pembukaan stor utama itu bukan sahaja mengukuhkan tawaran perniagaannya malah dapat memanfaatkan trend kesihatan dan kecantikan global terkini, seiring dengan cita rasa pengguna yang sentiasa berubah.

Kata Priscilla, menerusi stor yang berkonsepkan 'revolutionary' dan 'evolutionary' itu, pelanggan akan menikmati pengalaman membeli-belah yang serba baharu, lebih tersendiri, informatif dan interaktif.

"Pelaburan kami dalam stor konsep baharu ini mewujudkan pengalaman membeli-belah yang unggul dan terbaik dalam kelasnya dengan kategori produk baharu yang berkembang seiring dengan permintaan dan trend baharu pengguna.

"Ia adalah bukti komitmen tanpa henti kami dalam menawarkan produk kesihatan dan kecantikan terbaik di pasaran pada nilai terbaik kepada pelanggan kami," katanya pada majlis perasmian stor baharu itu, baru-baru ini.

Menurut Priscilla lagi, pihaknya turut memperkenalkan lebih 30 jenama penjagaan kulit dan kosmetik baharu ke stor mereka, yang mana kebanyakannya adalah eksklusif untuk Guardian.

"Antara jenama baharu itu termasuk jenama mandian Tanamera Natural dan jenama penjagaan rambut eksklusif dari Jepun (Ahalo, Fun Azum, Theratis, Kose Bioless dan Kose Je L'aime) dan Korea (Mise En Scene dan Ryo)," katanya.

MENAWARKAN lebih banyak pilihan kepada pelanggan.
MENAWARKAN lebih banyak pilihan kepada pelanggan.

Dalam pada itu, jika berkunjung ke stor baharu berkenaan, pelanggan akan menyaksikan susun atur unik yang menampilkan segmen produk baharu seperti ruangan Clean & Natural Beauty untuk produk penjagaan kulit, penjagaan rambut, dan kosmetik yang diformulasi menggunakan bahan selamat, bebas toksik serta mesra alam.

Ruangan Tweens pula menampilkan produk kecantikan yang ceria, berwarna-warni dan selamat digunakan untuk pembeli muda berumur lapan hingga 12 tahun.

Manakala bahagian Salon-At-Home yang pertama seumpamanya dikuasakan L'Oreal menawarkan pelanggan pengalaman memanjakan diri mewah di samping menikmati rangkaian produk penjagaan rambut komprehensif yang disesuaikan mengikut keperluan unik mereka.

Turut disediakan ruangan Wellness di bahagian Penjagaan Kesihatan yang menumpukan kepada produk keperluan kesihatan dan kecerdasan pelanggan seperti serbuk protein serta makanan kesihatan.

Ia juga akan mempamerkan konsep baharu daripada jenama penjagaan mulut, Oral B dan Sensodyne.

Jelas Priscilla lagi, stor itu juga bakal menjadi stor utama Guardian pertama yang dilengkapi fasad berskrin animasi LED, skrin paparan LED digital dinamik dan interaktif di seluruh stor.

Selain itu, ia juga diserikan dengan dua tiang interaktif khas yang memaparkan maklumat produk interaktif menerusi hologram dan berfungsi sebagai tanda navigasi.

"Bagi memberikan lebih ganjaran kepada pelanggan, untuk tempoh terhad sempena pelancaran stor utama baharu ini, kami turut menyediakan pelbagai promosi dan tawaran menarik untuk pelanggan setia.

"Jadi datanglah beramai-ramai ke stor utama kami di Mid Valley dan alami pengalaman membeli-belah serba baharu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2023 @ 6:43 AM