KERJASAMA antara Pahlawan Eco Pasukan Botaneco Garden, Guardian dan Malaysian Nature Society .
KERJASAMA antara Pahlawan Eco Pasukan Botaneco Garden, Guardian dan Malaysian Nature Society .
Hidayatul Akmal Ahmad

Botaneco Garden, jenama produk penjagaan rambut dan badan yang eksklusif buat Guardian Health & Beauty, bekerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia untuk menanam 200 pokok di Taman Alam Kuala Selangor menerusi kempennya, ‘Plant A Seed, Grow A Forest’.

Kempen itu menyaksikan satu peratus daripada jualan semua produk Botaneco Garden sepanjang Jun 2017 akan disalurkan kepada usaha penghutanan semula paya bakau oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Kempen itu berjaya mengumpul dana sebanyak RM5,000.

Produk Botaneco Garden diperbuat daripada gabungan kandungan botanikal dan minyak inovatif dan sofistikated, yang mendapat pengiktirafan eco.

Jenama itu menawarkan pelbagai produk penjagaan badan dan rambut untuk golongan dewasa dan rangkaian baru produk Botaneco Garden untuk bayi.

Formulasi koleksi produk Botaneco Garden bebas daripada kandungan seperti paraben, sabun, pewarna dan silicon yang memberi ketenangan minda kepada pengguna mementingkan kesihatan dan produk mesra alam.

Produk Botaneco Garden juga diuji dan terbukti secara dermatologi. Ia boleh didapati secara eksklusif di 400 cawangan Guardian di seluruh negara dan e-store Guardian.

Dalam inisiatif itu, 20 kakitangan dan pihak pengurusan Guardian Malaysia bersama menanam lebih 40 batang pokok di Taman Alam Kuala Selangor sekali gus membuktikan kejayaan kempen pertama ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ Botaneco Garden.

Kakitangan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Pengarah Eksekutif I.S Shanmugaraj Subramaniam mendidik seluruh pasukan Guardian mengenai perlunya memulihara kawasan paya bakau. Beliau turut membantu menanam pokok berkenaan.

Fokus MNS adalah untuk memulihara kepelbagaian habitat Malaysia, melindungi warisan semula jadi terutama landskap ekologi yang sensitif.

Hutan paya bakau diklasifikasikan sebagai landskap ekologi yang sensitif kerana ia menyediakan tempat tinggal serta makanan kepada haiwan akuatik dan marin serta burung yang bermigrasi.

Ia juga bertindak sebagai penampan ribut serta pasang surut dan arus air, mengurangkan pencemaran air selain menghalang hakisan tanah di untuk komuniti yang tinggal di tepi pantai.

Menurut Pengarah Jenama Korporat Guardian Health dan Beauty Sdn Bhd Alfonso Roderos, kempen berkenaan selari dengan falsafah jenama, gaya hidup serta keprihatinan penggunanya. Kempen itu dianjurkan untuk meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia 2017 dan mendapat sokongan padu daripada pengguna tegarnya.

“Botaneco Garden mempunyai kelompok pengguna yang sayangkan alam sekitar. Mereka mahukan produk kecantikan yang dipertingkatkan dengan ramuan yang mesra alam. Koleksi ini ditawarkan pada harga mampu milik dan mengandungi minyak yang mendapat pengiktirafan eko.

“Pengguna Botaneco Garden jelas menyokong kempen ini. Hasilnya, ia dapat mengumpul dana sebanyak RM5,000 dalam masa sebulan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atas sokongan terhadap jenama ini dan komitmen mereka kepada alam sekitar,” katanya.

Menurutnya, jenama itu sudah mencapai sasaran untuk menanam 200 batang pokok bakau daripada dana yang berjaya dikutip.

ANTARA peserta yang menyertai penanaman bakau di Kuala Selangor.
ANTARA peserta yang menyertai penanaman bakau di Kuala Selangor.

Bagi Pengurus Jenama Produk Sendiri Guardian Malaysia, Michelle Yeap, lawatan ke Taman Alam Kuala Selangor untuk menanam pokok membuka mata beliau mengenai kepentingan dan kecantikan hutan paya bakau.

“Hutan paya bakau nampak sangat menenangkan, tetapi ia sebenarnya sarat dengan kehidupan. Bukan mudah untuk menanam anak pokok ini.

“Kami semua ‘bermandi’ lumpur dan kotor, tetapi ia membuatkan kami lebih menghargai betapa sukarnya sebatang anak pokok untuk membesar dan sensitifnya ekosistem hutan ini,” katanya.

Bagi Ketua Produk Penjagaan Kulit Sheryn Soo, menanam pokok jelas memacu matlamat kempen ini.

“Daripada sebiji benih yang kecil, anda boleh mendapat hutan yang besar dan kempen ini membuktikannya kepada kami.

“Sebagai pengguna, kita perlu memilih jenama yang mesra alam sekitar dan lebih baik untuk kesihatan. Selepas kempen ini, saya akan menggalakkan semua orang untuk lebih rapat dengan alam sekitar,” jelasnya.

Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia, I S Shanmugaraj Subramaniam menyatakan sokongan masyarakat dihargai menerusi usaha jenama seperti Botaneco Garden yang menanam semula hutan paya bakau di taman semula jadi.

“Setiap orang boleh memainkan peranan masing-masing. Tetapi mereka perlu tahu mengenai bahaya pengurangan hutan paya bakau. Kami berterima kasih kepada Botaneco Garden dan Guardian atas sumbangan sebanyak RM5,000 serta sama-sama membantu menanam anak pokok kayu bakau di Taman Alam Kuala Selangor.

“Kempen Plant A Seed, Grow A Forest sememangnya membantu meningkatkan kesedaran dan menyediakan platform untuk orang ramai mengambil bahagian serta menyumbang ke arah usaha pemuliharaan,” katanya.

Taman Alam Kuala Selangor menjadi habitat kepada 150 spesies burung, haiwan kecil, ikan, amfibia dan reptilia seperti memerang, langur (monyet daun berwarna kelabu perang), kera berekor panjang dan sebagainya.

Namun penebangan kayu bakau secara haram meletakkan habitat ini dalam bahaya dan usaha penghutanan semula memang perlu dilaksanakan segera.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 January 2018 @ 2:46 PM