KETUA Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab (tengah) bersama Ketua Sekretariat Membeli Belah Malaysia, Baizuri Baharom (dua dari kiri) merasmikan Kempen Membeli Belah 1Malaysia.
KETUA Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab (tengah) bersama Ketua Sekretariat Membeli Belah Malaysia, Baizuri Baharom (dua dari kiri) merasmikan Kempen Membeli Belah 1Malaysia.

Georgetown: Hadiah bernilai RM16,000 termasuk tiket penerbangan pergi dan balik untuk dua orang ke Dubai serta penginapan lima hari empat malam menjadi hadiah utama kempen beli-belah Karnival Jualan Mega 1Malaysia 2015 (1MMSC) di Queensbay Mall, di sini.

Pengurus Kompleks Queensbay Mall Selena Ng berkata, tawaran istimewa itu turut disertakan dengan penginapan hotel, sarapan, lawatan serta peluang mengelilingi bandar Dubai termasuk melawat Burj Khalifa, Safari dan lain-lain lagi.

Beliau berkata, bukan itu sahaja percutian empat hari tiga malam ke Pulau Boracay untuk dua orang termasuk tiket penerbangan pergi dan balik serta penginapan serta lawatan menanti pemenang bertuah serta komputer Apple iMac 21.5 inci bernilai RM4,199.

“Pelbagai hadiah dan tawaran menarik disediakan sempena 1MMSC 2015 termasuk baucar penukaran minuman serta makanan di Dome dan Restoran Kenny Rogers serta pertunjukan fesyen dan bengkel batik.

“Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Queensbay Mall turut mengadakan bazar serta Pesta Kebudayaan bermula dari 2 Julai sehingga 19 Julai depan dengan pelbagai acara menarik disediakan,” katanya.

Beliau berkata, objektif utama kempen berkenaan adalah memperkenalkan Malaysia kepada pelancong sebagai destinasi pelancongan beli-belah pada harga yang berpatutan.

“Pulau Pinang semakin dikenali bukan sahaja sebagai syurga makanan, tetapi syurga beli-belah bagi pelancong kerana Malaysia antara negara terbaik di dunia dengan gedung beli-belah setaraf di luar negara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 10:07 AM