KASUT perlu diletakkan di rak kasut terbuka dan memiliki pengudaraan baik. - FOTO Google
KASUT perlu diletakkan di rak kasut terbuka dan memiliki pengudaraan baik. - FOTO Google
Nurul Husna Mahmud


KASUT antara aksesori penting dalam melindungi kaki daripada sebarang risiko kecederaan atau kekotoran.

Tanpa kasut, urusan seharian terutama untuk bekerja, beriadah mahupun bercuti cukup terganggu kerana ia juga berkait dengan ketrampilan diri.

Penjagaan kasut yang teliti dan sempurna membolehkan keadaan kasut anda bertahan lama.

Ketika musim hujan, penggunaan kasut menjadi lebih ekstrim apabila lebih kerap basah dan terdedah dengan pelbagai kotoran.

Umum sedia maklum, kasut yang diperbuat daripada material terutama fabrik dan kulit mudah terjejas apabila keadaan basah.

Berikut beberapa tip yang boleh diamalkan bagi mengelak kasut mudah rosak selain membantu penjagaan kesihatan kaki dengan kasut yang elok:

1.Jauhi tempat simpanan yang lembap dan mudah basah

Kasut yang terdedah dengan kelembapan tinggi dan tertutup mudah mengundang pembiakan kulat. Kulat membiak akan menyebabkan material seperti fabrik atau kulit mudah rosak.

Kaedah terbaik selain rak terletak di tempat yang memiliki pengudaraan baik dan sekali- sekala dijemur di tengah panas serta gunakan bahan yang dapat menyerap lembapan.

Antaranya adalah pek silika atau gel kasut. Jika tiada bahan penyerap udara lembap, gunakan surat khabar. Kaedahnya ialah sumbatkan kertas surat khabar dalam kasut. Tukar selang seminggu.

2.Kasut yang terkena kotoran dan air hujan dicuci atau dibilas

Ramai menyangkakan tidak mengapa jika kasut dipakai terkena air hujan. Sedangkan kandungan air hujan mengandungi kompoun asid yang boleh menjejaskan kualiti warna dan fabrik.

Kasut juga perlu dibilas dan dibasuh bagi memastikan keadaan dibasahi hujan tidak menjejaskannya.

Begitu juga ketika musim hujan dan terkena kotoran, biarpun kasut sudah kering keesokkan harinya namun masih perlu dicuci.

Lebih kerap terkena air hujan, rutin mencuci juga perlu kerap. Sebaiknya persiapkan dua pasang kasut bagi tujuan kerja atau rutin harian.

GUNAKAN pemegang kasut untuk kekalkan bentuk. - FOTO Google
GUNAKAN pemegang kasut untuk kekalkan bentuk. - FOTO Google

PEK silika atau gel penyerap lembapan bantu atasi masalah kasut yang disimpan di tempat lembap. - FOTO Google
PEK silika atau gel penyerap lembapan bantu atasi masalah kasut yang disimpan di tempat lembap. - FOTO Google

3.Hindari habuk

Kasut tersimpan lama tidak bermakna ia dalam keadaan baik setiap masa. Sebaiknya buka sekali-sekali atau dipakai untuk memastikan keadaan kasut dalam keadaan baik.

Kasut yang jarang dipakai juga lebih mudah rosak berbanding dengan kasut harian kerana tiada tekanan dikenakan pada tapak yang menjadi tempat kasut bercantum atau digam.

Keadaan lain bagi kasut yang simpan terlalu lama ialah dicemari habuk. Habuk boleh bertukar menjadi kotoran yang kental dan sukar dicuci menyebabkan tekstur serta material kasut juga terjejas.

Gunakan pengilat atau pencuci kasut bagi membersihkan kasut daripada kotoran habuk.

4.Gunakan pemegang kasut kasut

Bagi mengekalkan bentuk dan material, pemegang kasut khas boleh membantu. Jika di kedai terdapat alat pamer kasut khas bantu mengekalkan bentuk kasut supaya berterusan dalam keadaan baik.

Begitu juga di rumah, kasut untuk kekal dalam keadaan baik, perlu ada alat yang menyokong bentuknya.

5.Elak menyimpan dalam plastik

Kasut memerlukan pengudaraan yang baik. Meskipun pada awalnya bertujuan mengelakkan kasut kotor, tetapi dari sudut yang lain ia boleh menjejaskan kualiti kasut yang disimpan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2022 @ 6:41 AM