RONALDO dilihat memakai kasut bola yang diubah suai menggunakan studs Ragbi. FOTO Agensi
RONALDO dilihat memakai kasut bola yang diubah suai menggunakan studs Ragbi. FOTO Agensi
Agensi

CRISTIANO Ronaldo dikatakan menggunakan studs ragbi pada kasut bolanya untuk menjadikannya lebih pantas menjelang aksi semula Serie A.

Bintang Juventus berusia 35 tahun itu dilihat masih bertenaga berbanding rakan sepasukan yang lebih muda di sebalik usianya yang semakin tua.

Media Itali, Tuttosport melaporkan pemenang lima kali Ballon d'Or itu mengubah suai bahagian tapak kaki kasut bola miliknya dengan menggunakan studs ragbi yang lebih besar untuk mendapatkan cengkaman lebih baik.

Kasut ragbi kebiasaannya menggunakan lapan studs dan ia lebih besar untuk membantu pemain mendapatkan cengkaman serta kestabilan.

Ronaldo dikatakan juga menggunakan studs getah berbanding material biasa iaitu besi.

Ia membolehkannya meraih kepantasan dan dapat mengubah kedudukan dengan cepat.

Aksi Ronaldo menggunakan kasut bola yang diubai suai itu dapat dilihat ketika sesi latihan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2020 @ 11:31 PM