GANTI kasut dan stokin.
GANTI kasut dan stokin.
Nurul Husna Mahmud


Kaki berbau adalah masalah yang biasa dihadapi ramai orang disebabkan anggota badan itu mempunyai lebih banyak kelenjar peluh berbanding bahagian lain.

Peranan kelenjar peluh termasuk di bahagian kaki membantu menyejukkan badan dan mengekalkan kelembapan kulit.

Perlu ketahui, keadaan kaki yang jauh lebih lembap akan menarik perhatian bakteria. Bakteria ini membantu memecahkan molekul peluh pada kaki apabila ia dikeluarkan.

Namun apabila bakteria dan peluh berkumpul, lama-kelamaan bau busuk terhasil. Golongan paling berisiko adalah remaja dan wanita hamil.

Masalah kaki berbau juga dikenali sebagai Bromodisis dan ia boleh ditangani dengan menjaga kebersihan kaki.

Berikut antara tip boleh dicuba untuk menghindari bau kaki:

KAKI perlu dirawati atau dibersihkan.
KAKI perlu dirawati atau dibersihkan.

1.Gunakan sabun dan gosok lembut kaki sekurang-kurangnya sekali sehari. Masa terbaik melakukan rutin ini adalah ketika mandi pagi atau petang. Penting juga mengeringkan kaki sepenuhnya selepas dicuci.

Beri perhatian khusus di antara jari kaki ketika mencuci kerana celah jari mudah bakteria berkembang.

2.Gunting kuku kaki dengan kerap supaya sentiasa dalam keadaan pendek. Kerap juga membersihkannya selepas dipotong untuk elak kotoran yang boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria.

3.Keluarkan kulit mati yang keras dari kaki dan tapak kaki. Kulit yang keras akan menjadi lembap dan lembik apabila basah. Keadaan ini amat digemari bakteria.

4.Tukar stoking sekurang-kurangnya sekali sehari. Jika anda berada dalam persekitaran yang panas, bersenam atau dalam sebarang situasi lain di mana kaki lebih kerap berpeluh.

5.Sediakan dua pasang kasut yang anda pakai secara bergilir setiap hari. Ini membolehkan setiap pasang kasut dapat mengering sepenuhnya daripada peluh atau lembapan.

Alih juga lapik dalam kasut untuk memastikan ia mudah kering.

6.Pilih sarung kaki yang memiliki material menyerap lembapan dengan baik berbanding kulit kaki. Ini termasuk stoking tebal dan lembut yang diperbuat daripada gentian semula jadi atau stoking sukan.

BASUH kasut juga boleh menangani masalah kaki berbau.
BASUH kasut juga boleh menangani masalah kaki berbau.

7.Pakai sandal terbuka ketika cuaca panas untuk membolehkan kaki kekal kering.

8.Elakkan kasut yang ketat atau lembap.

9.Gunakan bola kapas untuk menyapu sedikit alkohol dan digosokkan ke kaki pada setiap malam. Ini membantu mengeringkan bahagian kulit kaki yang lembap.

10.Amalkan sekali sehari sapu semburan kaki antikulat atau bedak kaki berubat pada kaki.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mac 2023 @ 6:30 AM