Oleh Siti Sofia Md Nasir


Georgetown: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin, bakal mendahului barisan penerima ijazah pada Upacara Konvokesyen Ke-50 Universiti Sains Malaysia (USM), esok.

Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman berkata, penganugerahan itu menerima perkenan dari Canselor USM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, untuk menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada Sultan Brunei sempena lawatan rasmi baginda ke Malaysia.

Beliau berkata, selain Sultan Brunei, USM turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan kepada tokoh kepemimpinan pendidikan Tan Sri Dr Abdul Rahman Arsyad.

Seramai 5,472 graduan dari pelbagai aliran akan diraikan dalam upacara konvokesyen berkenaan.

Upacara konvokesyen yang bermula esok akan berlangsung selama lima hari sehingga 9 November ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 November 2014 @ 12:05 PM