Asma (tengah) bersama penerima anugerah dalam bidang masing-masing iaitu Anugerah Pelajar Terbaik Kategori Bukan Bumiputera, Chan Fung Han (kiri), Anugerah Pelajaran Diraja Oleh Majlis Raja-Raja Malaysia, Nur Syahirah Ahmad Bastari (dua dari kiri), Hadiah Pingat Emas Canselor, Thong See Wai (tiga dari kanan), Hadiah Pingat Emas Bagi Pelajar Kurang Upaya, Wan Muhammad Abdul Muhaimin Ab Wahab (dua dari kanan) dan Anugerah Pingat Emas Naib Chanselor, Mohamad Shafiq Kamaruddin (kanan). FOTO Zuhainy Zulkiffli

Zuhainy Zulkiffli

PAKAR perubatan Prof Dr Antiono Francesco Corno antara yang mendahului barisan penerima ijazah pada Upacara Konvokesyen Ke-55 Universiti Sains Malaysia (USM), esok.

Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Asma Ismail berkata, penganugerahan itu menerima perkenan daripada Canselor USM Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, bagi menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Perubatan kepada pakar pembedahan jantung pediatrik itu.

Beliau berkata, selain Antiono, USM turut menganugerahkan Prof Emeritus kepada mantan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Datuk Dr Muhammad Idiris Salleh.

Seramai 6,850 graduan dari pelbagai aliran diraikan dalam upacara konvokesyen berkenaan termasuk Ijazah Kehormat (seorang), Prof Emeritus (seorang), Ijazah Tinggi Doktor Falsafah dan Sarjana (2,043), Ijazah Sarjana Muda (4,759) dan Diploma Kejururawatan (48).

Upacara konvokesyen bermula esok akan berlangsung sehingga 2 November ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Oktober 2017 @ 5:20 PM