TORU (dua kanan) ketika melancarkan tiga model motosikal berkuasa di Shah Alam.
TORU (dua kanan) ketika melancarkan tiga model motosikal berkuasa di Shah Alam.
Oleh Erywan Norshal


Shah Alam: Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd melancarkan tiga model motosikal berkuasa tinggi menerusi V-Strom 650 ABS, V-Strom 650XT ABS dan Gladius 650 ABS, hari ini.

V-Strom 650 ABS adalah motosikal segmen Sport Adventure Tourer, V-Strom 650XT ABS (pengembaraan) dan Gladius 659 ABS (naked).

Ketiga-tiga model yang diimport dari Jepun itu berkongsi rangkaian kuasa sama membabitkan enjin empat lejang V-Berkembar dua silinder dengan bersesaran 645 cc, selain menggunakan kotak gear enam kelajuan.

Harga jualan bagi V-Strom 650 ABS (RM41,900), V-Strom 650XT ABS (RM43,900) dan Gladius 650 ABS (RM39,900).

Majlis pelancaran itu disempurnakan Pengarah Urusan Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd, Toru Kobayashi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Februari 2015 @ 11:43 AM