SUZUKI GSX-S1000 ABS dan GSX S1000F didatangkan dalam tiga pilihan warna.
SUZUKI GSX-S1000 ABS dan GSX S1000F didatangkan dalam tiga pilihan warna.
Oleh Erywan Norshal

Kuala Lumpur: Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd (SAMSB) memperkukuhkan lagi pasaran motosikal berkuasa tinggi di negara ini dengan memperkenalkan dua model terbaru menerusi Suzuki GSX-S1000 ABS dan GSX-S1000F.

Kedua-dua motosikal yang dilancarkan sempena Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini berkongsi enjin DOHC bersesaran 999 cc dengan transmisi enam kelajuan.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Pengarah Urusan SAMSB, Yutaka Ishihara dan Pengurus Perancang Pemasaran SAMSB, Chan Wing Kit.

Jentera yang diilhamkan daripada model legenda Suzuki GSX-R1000 itu dibangunkan dengan menggabungkan pakej teknologi dan komponen bagi keselesaan tunggangan.

Perbezaan antara Suzuki GSX-S1000 dan GSX S1000F adalah penampilannya yang masing-masing adalah ‘naked’ dan ‘fairing’. Ia juga dilengkapi dengan tiga mod sistem kawalan cengkaman bertujuan mengikut kemahuan gaya tunggangan serta dengan bersesuaian keadaan jalan, selain dipadankan brek berprestasi tinggi jenama Brembo.

Siri Suzuki GSX-S didatangkan dengan pilihan warna merah, biru dan kelabu. Ia dijual pada harga asas iaitu RM68,400 bagi Suzuki GSX-S1000, manakala Suzuki GSX-S1000 pada RM74,400 tidak termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 6:20 AM