PETUGAS kesihatan memeriksa mangsa lemas dipercayai terjun dari Jambatan Pulau Pinang. FOTO Foto Ihsan APMM.
PETUGAS kesihatan memeriksa mangsa lemas dipercayai terjun dari Jambatan Pulau Pinang. FOTO Foto Ihsan APMM.
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Warga emas ditemukan lemas dipercayai terjun dari Jambatan Pulau Pinang, di sini hari ini.

Lelaki berusia 74 tahun itu turut meninggalkan motosikal jenis Honda NF 100 di atas jambatan dekat Kilometer 4.0 arah Perai ke Georgetown.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya dimaklumkan penemuan mayat terapung sekitar 11 pagi oleh orang awam.

Katanya, pasukannya ke lokasi 20 minit kemudian dengan bantuan bot nelayan tempatan yang ada di situ.

"Mangsa dipercayai berasal dari Simpang Ampat dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin di Batu Uban sebelum kes diserah kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan beliau meminta orang ramai agar tidak mengambil langkah terburu-buru apabila menghadapi masalah, sebaliknya yang mencari jalan penyelesaian terbaik.

Katanya, sebarang maklumat boleh menghubungi talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2022 @ 5:13 PM