MOTOSIKAL yang ditinggalkan mangsa sebelum dipercayai bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang. FOTO Ihsan APMM
MOTOSIKAL yang ditinggalkan mangsa sebelum dipercayai bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang. FOTO Ihsan APMM
Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Sempat tinggal nota dan motosikal sebelum terjun ke dalam laut.

Itu tindakan lelaki berusia 24 tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjun dari atas Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2.5 arah Georgetown menghala ke Seberang Perai di sini, sekitar jam 11 malam kelmarin.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.20 malam.

"Sebaik menerima maklumat kami mengaturgerak aset Bot Perkasa 1221 ke lokasi kejadian bagi melakukan pencarian.

"Berdasarkan nota itu, mangsa menetap di Pangsapuri Kejora Teluk Kumbar, di sini," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Abd Razak, operasi diaktifkan sejak malam kelmarin bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Pasukan Polis Marin Batu Uban.

Orang awam diminta supaya melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut ke talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

Berita berkaitan

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Oktober 2021 @ 6:30 AM