Dengan pembukaan 500 restoran di seluruh negara menjelang 2026, McDonald’s Malaysia bakal mewujudkan lebih banyak peluang kerjaya bermakna untuk generasi muda. -  FOTO McDonald’s Malaysia.
Dengan pembukaan 500 restoran di seluruh negara menjelang 2026, McDonald’s Malaysia bakal mewujudkan lebih banyak peluang kerjaya bermakna untuk generasi muda. - FOTO McDonald’s Malaysia.
Mohammad Asyraf Khalib

SEJAJAR dengan agenda nasional, McDonald's Malaysia komited membantu generasi muda membina kerjaya dengan mengembangkan potensi diri dan bakat mereka melalui program kerjaya di McDonald's yang direka khusus untuk golongan belia. 

Berpandukan pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, McDonald's Malaysia setia memberi sokongan kerjaya kepada belia negara, didukung oleh kekuatan syarikat yang terletak pada kemampuan lebih 14,000 kakitangan di lebih 300 restoran di seluruh negara. 

Dalam usaha untuk terus berkembang ketika pandemik, McDonald's Malaysia menjangkakan 10,000 peluang pekerjaan baharu bakal dijana menerusi sasaran pembukaan 500 restoran menjelang 2026. Ia secara tidak langsung akan mewujudkan lebih banyak peluang kerjaya untuk belia negara.

Belajar sambil bekerja

Image

Peluang latihan, pembelajaran dan pembangunan bertaraf dunia adalah antara kelebihan yang disediakan di McDonald's, dengan matlamat mempersiapkan golongan belia dengan kemahiran industri yang lengkap dan menerapkan nilai kerja yang boleh diguna pakai di pelbagai organisasi. 

Kelebihan ini ditawarkan sebagai platform untuk menarik minat belia memulakan kerjaya mereka di McDonald's.

Melalui Akademi Vokasional McDonald's, syarikat restoran khidmat segera ini menawarkan pendekatan pembelajaran yang pelbagai dalam menyampaikan prinsip latihannya. 

Ini termasuklah bimbingan sambil bekerja, latihan di dalam kelas, pembelajaran kendiri serta alat pembelajaran bersesuaian untuk kakitangan. 

Kesemuanya direka khas bagi membolehkan golongan belia mendalami peranan mereka dan membiasakan diri dengan amalan terbaik dalam industri perkhidmatan makanan.

Mengambil contoh dari Program Perantis Vokasional McDonald's secara Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), hasil kerjasama McDonald's Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, perantis menjalani program selama 18 bulan merangkumi 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald's dan 30 peratus pembelajaran teori di pusat latihan.

Dibuka kepada belia lepasan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), setiap perantis diberikan elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, tempat tinggal, manfaat perubatan dan insuran serta makanan percuma sepanjang program ini. 

Sejurus tamat program, perantis berpeluang membina kerjaya di McDonald's atau bekerja di mana-mana syarikat lain dalam industri perkhidmatan makanan di Malaysia.

Image

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar, berkata McDonald's bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan, tetapi komited dalam menyokong belia Malaysia untuk memenuhi potensi diri dengan membantu mereka membina keyakinan dan membangunkan kemahiran interpersonal. 

"Sebagai majikan yang mementingkan pembangunan golongan belia Malaysia, kami ingin memastikan McDonald's terus menjadi syarikat pilihan mereka, khususnya belia yang ingin membina kerjaya yang bermakna dan berkekalan dalam industri perkhidmatan makanan.

"Pelbagai program kerjaya utama untuk belia, khususnya Program Perantis Vokasional McDonald's, direka khas  untuk memperkasa generasi muda dalam perjalanan kerjaya mereka dengan menyediakan batu loncatan ke arah masa hadapan yang cerah dan bermakna," katanya.

Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Datuk Ts. Zaihan Shukri, berkata Program Perantis Vokasional McDonald's secara SLDN ini berjaya melahirkan ramai pekerja yang lebih kompeten serta mempunyai daya saing yang tinggi sejak ia diperkenalkan pada 2018. 

Image

Melalui program latihan kemahiran ini, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bagi bidang penyediaan makanan dan minuman dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran selepas perantis menamatkan latihan. Ia sejajar dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berpengetahuan (K-Pekerja). 

"SLDN menekankan latihan amali berbanding teori sesuai dengan keperluan alam pekerjaan sebenar. Belia disarankan untuk mengambil peluang melibatkan diri dalam program ini bagi memperolehi kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan sektor perkilangan dan industri," katanya.

Tambah beliau lagi, antara impak positif yang dilihat melalui SLDN adalah perantis dapat merasakan suasana bekerja sebenar dan mereka juga berkebolehan untuk mengatasi masalah dihadapi dengan lebih sistematik. 

Ini dapat membantu syarikat menghasilkan produk berkualiti dan perkhidmatan yang cemerlang serta dapat meningkatkan produktiviti. 

"Melalui program ini lebih 2,000 belia dilatih sebagai perantis di restoran McDonald's di seluruh negara dengan jalinan kerjasama berterusan antara JPK dan McDonald's. 

"SLDN amat membantu perantis membina keyakinan diri dan seterusnya meningkatkan lagi kemahiran diri masing-masing. Beliau berharap agar SLDN dapat diperluaskan agar lebih ramai belia dan beliawanis di luar sana menyertai progam ini. 

"Program SLDN membuktikan kejayaan bersama terutama kepada belia dan syarikat. Usaha berterusan perlu diwujudkan bagi meningkatkan kemahiran belia ke tahap yang lebih tinggi. Justeru, semua majikan diseru untuk mengambil peluang ini bagi melahirkan modal insan berkemahiran dalam usaha membantu negara dalam hasrat mencapai negara maju," katanya.

Kerjaya bermakna untuk belia Malaysia

Melalui kerjasama rapat dan berterusan daripada kerajaan seperti Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan, McDonald's komited membentuk masa hadapan belia Malaysia dengan menyediakan pembangunan jangka panjang dan membantu kakitangannya mendaki tangga kerjaya dalam syarikat sehingga mampu memimpin pasukan sebagai seorang pengurus. 

Setiap tahun, lebih 1,000 Pengurus McDonald's menamatkan program kurikulum Pengurusan Restoran McDonald's, dengan kemampuan dalam memimpin, berkomunikasi dan kepakaran dalam operasi restoran. 

McDonald's juga mengambil 100 peratus rakyat Malaysia untuk bekerja dan mengutamakan mereka daripada keluarga berpendapatan rendah termasuk golongan asnaf dan komuniti luar bandar. 

Sebagai sebuah syarikat yang inklusif dan berbilang bangsa, McDonald's Malaysia memberi peluang pekerjaan sama rata dengan memastikan pengambilan golongan wanita daripada pelbagai latar belakang dan orang kelainan upaya (OKU). Sehingga kini, 50 peratus Pengurus Restoran adalah wanita dan 228 daripada keseluruhan warga kerja McDonald's adalah OKU. 

Pembangunan dan keyakinan diri

Image

Nur Fazera Natasya Iman Mohd Azri adalah salah seorang pelajar terbaik dan juga penerima Anugerah Perantis Khas bagi Anugerah Prestasi Cemerlang. 

Dia yang kini berkhidmat sebagai Ketua Kru di McDonald's Mont Kiara, Kuala Lumpur berpendapat bahawa McDonald's membantunya menjadi seorang yang berani dan berkeyakinan diri. 

"Ketika pertama kali menyertai program ini, saya agak pemalu dan sentiasa takut untuk mencuba perkara baharu. 

"Melalui program ini dan selama saya di McDonald's, saya menjadi lebih yakin dan lebih fokus untuk membina kerjaya saya, dengan mengatasi rasa takut melalui latihan intensif dan sokongan yang saya terima di sini," katanya.

Latihan dan pembangunan di usia muda

Image

Khor Wei Nern yang sedang menjalani latihan praktikal di McDonald's Pandu-Lalu Bandar Seri Putra, Kajang pula menyertai Program Perantis Vokasional McDonald's atas galakan daripada guru di sekolah menengah beliau. 

"Saya bukan sahaja mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pengurus-pengurus dan rakan sekerja yang mesra dan berpengalaman, tetapi juga dapat sama-sama menyumbang dan mengambil bahagian dalam operasi harian. 

"Dengan umur saya yang baru sahaja 18 tahun, pengetahuan dan latihan yang saya terima amat berharga bagi saya," katanya. 

Mendaki tangga kejayaan 

Image

Bagi David Janil Raj A/L P.P. Sundaraj pula, beliau berpendapat bahawa program ini menyediakan pelbagai peluang termasuklah perkembangan kerjaya. 

David kini berkhidmat di McDonald's Pandu-Lalu Rawang, juga antara perantis pertama bagi Program Perantis Vokasional McDonald's.

"Saya bermula sebagai perantis, dan kini berjaya memegang jawatan sebagai Penolong Pengurus dan Pengurus Syif di McDonald's. 

"Saya sudah bersama McDonald's selama tiga tahun dan saya mahu menjadi Pengurus Besar Restoran sebaik tiba tahun keenam saya di sini. Saya juga menetapkan matlamat tahun ke 10 saya, untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Konsultan Operasi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 September 2021 @ 9:42 AM