Permainan mudah alih sembilan jam tanpa henti lancar tanpa masalah - FOTO realme
Permainan mudah alih sembilan jam tanpa henti lancar tanpa masalah - FOTO realme
Mohammad Asyraf Khalib

MEMILIKI sebuah telefon pintar tidak cukup jika sekadar mempunyai kamera dan fungsi asasnya sahaja. 

Apatah lagi jika prestasi tidak setanding harga ditawarkan, sudah tentu sangat mengecewakan. 

Sebagai pengguna bijak, penting untuk anda mengetahui spesifikasi utama yang disertakan pada sesebuah telefon pintar.

Dilancarkan secara rasmi hari ini, rata-rata pengguna telefon pintar terutama penggemar permainan mudah alih kagum dengan spesifikasi yang ditawarkan realme 7 5G.

Sarat dengan pelbagai ciri canggih, realme 7 5G boleh dikategorikan sebagai peranti kelas pertengahan setanding telefon pintar mercu.

Cip pemprosesan 5G 

Image

Peranti realme 7 5G dijana dengan cip pemproses 7nm, MediaTek Dimensity 800U 5G berkuasa tinggi, setaraf dengan keperluan teknologi 5G.

Ini menjadikan realme 7 5G peranti pertama menggunakan MediaTek Dimensity 800U di Malaysia. 

Lebih mengagumkan, cip pemprosesan MediaTek Dimensity 800U 5G memperoleh penanda aras AnTuTu sekitar 340,000 mata.

Ia jauh lebih berkuasa jika dibandingkan dengan pemproses Snapdragon 765 yang setaraf dengannya, hanya memperoleh 291,577 mata pada ujian AnTuTu.

ImageKedudukan semasa mata penanda aras AnTuTu untuk pemproses telefon pintar FOTO - nanoreview

Dengan sokongan cip berteknologi 5G, peranti realme 7 5G menjanjikan pengalaman permainan mudah alih terbaik kepada pengguna tanpa sebarang sekatan dan gangguan.

Selain itu, cip pemproses ini juga terdiri daripada dua teras Cortex-A76 berprestasi tinggi pada kelajuan 2.4GHz dan 6 teras Cortex-A55 berkelajuan sehingga 2GHz serta unit pemprosesan grafik (GPU) Mali-G57.

Jika dibandingkan dengan pemproses siri Dimensity 700, pemproses pada realme 7 5G menawarkan kelajuan pembukaan aplikasi 1.4 kali lebih pantas.

Manakala, markah ujian penanda aras bagi CPU juga 11 peratus lebih laju dan prestasi GPU pula 28 peratus lebih cekap, menjadikan realme 7 5G cukup efisien.

Untuk spesifikasi sehebat ini, realme 7 5G diyakini mampu menawarkan pretasi dan pengalaman penggunaan terbaik kepada si pemilik.  

5G 5G+5G DSDS

Image

Selain itu, realme 7 5G turut dipadankan dengan sokongan 5G+5G DSDS. 

5G+5G DSDS bermaksud peranti ini menyokong rangkaian 5G pada kedua-dua SIM untuk pengalaman internet berkelajuan tinggi di mana sahaja.

Setakat ini, realme 7 5G menjadi telefon pintar pertama menyokong teknologi seumpama ini dalam kelasnya.

Bukan itu sahaja, ia turut menyokong 5G-CA (2CC 5G Carrier Aggregation) yang berupaya meningkatkan kestabilan panggilan.

Bagi semua penawaran ini, realme 7 5G menjanjikan pengguna pengalaman teknologi 5G terpantas dan menyeluruh tidak kira apa penyedia rangkaian telekomunikasi pilihan anda.

5G adalah teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima. Dalam pengertian mudah, pengguna bakal menikmati internet berkelajuan lebih tinggi berbanding 4G. 

Biarpun rangkaian 4G sudah memadai, 5G hadir tepat pada masanya untuk memenuhi permintaan teknologi baharu.

Walau bagaimanapun, menyedari teknologi 5G masih belum sedia untuk ditawarkan kepada pengguna, realme 7 5G turut menawarkan sokongan terbaik bagi capaian 2G, 3G dan 4G.

Paparan skrin lancar

Image

Melangkaui fungsinya sebagai peranti perhubungan, realme 7 5G juga boleh dikategorikan sebagai peranti permainan mudah alih ideal. 

Untuk melayakkannya berada dalam kategori ini, panel skrin yang digunakan mesti mempunyai kadar segar semula yang tinggi iaitu antara 90Hz hingga 120Hz.

realme 7 5G hadir dengan panel skrin 120Hz, mampu menghasilkan 120 bingkai sesaat atau sekitar 100 peratus lebih banyak berbanding skrin paparan 60Hz yang masih digunakan pengeluar telefon pintar lain di pasaran.

Selain itu, skrin paparan realme 7 5G juga dilengkapi kadar pensampelan 180Hz, memastikan setiap input pada skrin mendapat respon serta merta terutama sewaktu bermain permainan mudah alih.

Peranti terbaharu realme ini juga hadir dengan paparan skrin berukuran 6.5 inci, mempunyai resolusi FHD+ (2400 x 1080) dan reka bentuk kompak, menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih memuaskan.

Tidak cukup dengan itu, realme 7 5G turut dilengkapi sistem yang boleh mengubah kadar segar semula skrin secara automatik mengikut keperluan penggunaan, menawarkan keseimbangan pengalaman visual dan penjimatan bateri.

Bateri besar, pengecasan pantas

Image

Peranti realme 7 5G hadir dengan bateri 5,000mAh. Untuk bateri sebesar ini, pengguna boleh menikmati pengalaman penggunaan lebih lama.

Berdasarkan rekod, ia mampu bertahan 35 jam untuk panggilan biasa, melayari YouTube 17 jam, 103 jam mendengar muzik dalam talian dan 19 jam untuk aplikasi WhatsApp. 

Bagaimanapun, ketahanan bateri ini bergantung pada cara penggunaan masing-masing. 

Namun, anda tidak perlu risau kerana proses untuk pengecasan semula cukup singkat. realme 7 5G dilengkapi pengecasan pantas 30W Dart Charge.

Untuk pengecasan sehingga 50 peratus, ia mengambil masa sekitar 26 minit, manakala untuk pengecasan penuh pula sekitar 65 minit sahaja.

Sistem kamera terbaik

Image

Selain prestasi yang memukau, realme 7 5G juga dilengkapi sistem kamera terbaik.

Ia hadir dengan 48 megapiksel (MP) kamera utama, 8MP kamera sudut lebar dan 2MP kamera makro serta 2MP kamera potret B&W. Manakala, kamera hadapan pula hadir dengan 16 megapiksel. 

Untuk spesifikasi lain termasuklah pengimbas cap jari di sisi, sokongan dwi-SIM 5G, Android 10, bicu audio 3.5 milimeter (mm) dan sambungan port USB-C. 

Peranti ini juga boleh didapati dengan varian storan 8GB + 128GB, serta dilengkapi dengan slot hibrid untuk kegunaan dua kad SIM atau satu kad SIM dan satu kad SD pada satu-satu masa.

Mampu milik

Image

Tersedia dalam dua warna iaitu Flash Silver dan Mist Blue, realme 7 5G kini ditawarkan pada harga bermula RM1,299 (8+128GB).

Dengan semua penawaran hebat ini, realme 7 5G boleh dikatakan antara telefon pintar 5G mampu milik di pasaran Malaysia. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai realme 7 5G, layari realme.com.my atau Facebook Realme Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2020 @ 1:46 PM