Secure2u menawarkan kaedah pengesahan transaksi perbankan dalam talian lebih selamat dan efisien - FOTO Maybank
Secure2u menawarkan kaedah pengesahan transaksi perbankan dalam talian lebih selamat dan efisien - FOTO Maybank
Mohammad Asyraf Khalib

INSTITUSI perbankan terkemuka, Maybank terus komited menawarkan perkhidmatan terbaik buat pelanggannya. 

Dalam perkembangan terbaharu, Maybank mengumumkan platform perbankan popular, Maybank2u, bakal dipertingkatkan dengan ciri keselamatan Secure2u.

Penambahbaikan itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan membabitkan beberapa transaksi terpilih.

Bagi transaksi bernilai RM1,000 dan ke atas, ia akan berkuatkuasa bermula 9 November, manakala, semua jenis transaksi tambah nilai prabayar pula, berkuatkuasa sepenuhnya pada 16 November 2021. 

Selepas Secure2u dikuatkuasakan, kaedah kod pengesahan transaksi (TAC) yang sebelum ini dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak lagi tersedia untuk pilihan transaksi di atas. 

Lebih selamat, efisien 

Dengan pengaktifan fungsi Secure2u, pengguna Maybank2u bakal menikmati pengalaman perbankan dalam talian yang lebih selamat dan efisien.

Ia berikutan, setiap transaksi yang dibuat menerusi platform itu hanya dapat disahkan menggunakan satu peranti berdaftar yang dihubungkan dengan akaun Maybank2u sahaja. 

Ciri ini diyakini mampu mengurangkan risiko penipuan yang sering terjadi membabitkan pemalsuan SMS.

Selain selamat, Secure2u juga membolehkan pengguna membuat pengesahan transaksi dengan lebih pantas tanpa perlu menunggu SMS TAC. 

Anda hanya memerlukan telefon pintar berdaftar dengan Maybank2u dan internet yang stabil untuk menggunakan fungsi ini. 

Tips pengguna

Untuk menikmati kemudahan Secure2u, pastikan tetapan notifikasi Secure2u dibenarkan di telefon pintar termasuk aplikasi MAE dan Maybank2u seperti ditunjukkan di bawah. 

ImageImage

Sementara itu, bagi pengguna yang ingin membuat transaksi di laman web Maybank2u, anda diingatkan untuk tidak log masuk serentak ke aplikasi Maybank2u MY atau MAE. 

Ini bagi mengelakkan akaun web Maybank2u anda terkeluar secara automatik kerana pengguna hanya dibenarkan log masuk ke satu peranti atau melakukan satu sesi aktif pada satu masa.

Image

Untuk meluluskan sebarang transaksi di laman web Maybank2u, pengguna tidak perlu log masuk ke aplikasi di telefon pintar, sebaliknya hanya buka notifikasi yang tertera pada skrin peranti dan klik 'Approve' untuk mengesahkan transaksi itu. 

Image

Secara alternatif, anda juga boleh membatalkan pendaftaran Secure2u menerusi laman web Maybank2u seperti ditunjukkan di bawah.

Image

Sementara itu, bagi meningkatkan tahap keselamatan, semua pengguna Maybank disarankan untuk menetapkan kata kunci keselamatan di telefon pintar masing-masing.

Anda juga boleh melaporkan kehilangan telefon pintar yang berdaftar dengan Secure2u menerusi talian khidmat pelanggan tempatan 1-300-88-6688 atau 603-78443696 untuk luar negara.

Jika anda mengesyaki pihak lain telah mengakses telefon pintar tanpa kebenaran, hubungi Fraud Hotline 03-58914744 untuk membatalkan urusan perbankan dalam talian. 

Aktifkan Secure2u sekarang!

Kesimpulannya, dengan adanya Secure2u, urusan perbankan dalam talian anda bersama Maybank pasti lebih cekap dan selamat. 

Justeru, aktifkan Secure2u pada aplikasi Maybank2u dan MAE sekarang. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari www.maybank2u.com.my/secure2u

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 November 2021 @ 11:16 AM