Mahasiswa alaf baharu disaran melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sebagai persediaan menuju masa depan lebih cerah - FOTO Hiasan
Mahasiswa alaf baharu disaran melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sebagai persediaan menuju masa depan lebih cerah - FOTO Hiasan
Mohammad Asyraf Khalib

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengakibatkan hampir semua aktiviti sosial dan fizikal tergendala. 

Kesan daripada itu, pelbagai cabaran baharu wujud sehingga menuntut beberapa sektor utama negara beroperasi berlandaskan amalan norma baharu.

Bagi sektor pendidikan, sistem pembelajaran konvensional berteraskan bilik darjah dan kuliah di universiti kini beralih secara dalam talian.

Walaupun peralihan ini bersifat sementara, ia dijangka membawa pengaruh besar kepada landskap dan corak pasaran graduan dalam industri pada masa hadapan.

Adaptasi teknologi dalam industri

Menurut laporan The World Economic Forum bertajuk Job of Tomorrow 2020, permintaan tenaga kerja yang menjurus kepada penggunaan teknologi dijangka meningkat mendadak selepas pandemik.

Ia berikutan, pengaplikasian teknologi di tempat kerja berpotensi meningkatkan produktiviti sekali gus memajukan industri dengan lebih meluas.

Kebanyakan majikan juga mula menyedari teknologi automasi membantu meringankan beban kerja pentadbiran yang berulang.

Penyelesaian ini membolehkan pekerja menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah yang lebih kompleks sekali gus mengurangkan risiko kesilapan.

Kuasai kemahiran baharu

Bagi mahasiswa, ini adalah waktu terbaik untuk merebut peluang mempelajari pelbagai kemahiran baharu sebagai persediaan mendepani perubahan corak pasaran kerja akan datang.

Pendek kata, dengan keadaan ekonomi tidak menentu, melengkapkan diri dengan kemahiran dalam satu bidang diminati sahaja tidak cukup, sebaliknya kompetensi lain juga perlu dikuasai bagi meningkatkan kebolehpasaran diri. 

Sebagai nilai tambah, mahasiswa seharusnya lebih proaktif dalam setiap perkara, menguasai sesuatu tugasan dengan lebih cepat, berani melontarkan pendapat serta mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja baharu.

Peranan universiti

Bagi melahirkan graduan yang kekal relevan, institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan penting untuk melengkapkan mahasiswa dengan pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dengan tuntutan pasaran kerja masa hadapan.

Untuk itu, Taylor's University komited meneruskan penganjuran Taylor's Future Movement (TFM).

Ia adalah sebuah program tahunan yang menghimpunkan golongan belia dan profesional dalam satu platform bagi berkongsi pandangan dan idea baharu sebagai persediaan awal menuju masa depan lebih cerah.

Penganjuran TFM juga dilihat sejajar dengan keperluan dan permintaan pemain industri yang sentiasa memburu graduan berkemahiran tinggi, berfikiran terbuka, fleksibel, berpengetahuan dan berciri keusahawanan.

Image

Tahun ini adalah tahun keempat penganjuran TFM dan ia dijangka mendapat penyertaan lebih ramai belia memandangkan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian.

Lebih menarik, slogan 'Promises of The Future' diangkat menjadi tema TFM berpandukan tiga dasar utama iaitu 'Discover', 'Direction' dan 'Community'.

Menerusi TFM, peserta berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti menarik, interaktif serta penuh pengisian selama lapan minggu secara percuma sehingga 15 Ogos ini. 

Antara yang dinantikan adalah bengkel 'Taylor's MicroCred Taster', merangkumi pelbagai bidang seperti 'Big Data Technologies', 'Menu Design & Development' dan banyak lagi. 

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai program ditawarkan di Taylor's University pula, sesi 'Ask Me Anything' adalah antara aktiviti wajib berada dalam senarai pilihan. 

Image

Paling penting, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkongsian daripada personaliti terkenal tanah air seperti Yuna pada 24 Julai, Datuk Nicol David pada 7 Ogos, Datin Paduka Marina Mahathir pada 8 Ogos dan ramai lagi tokoh hebat dalam industri.

Mereka akan berkongsi pelbagai kisah inspirasi, nasihat dan tips kepada anda sebagai pendorong semangat untuk mencipta kejayaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TFM, ikuti perkembangan Taylor's University di Instagram dan Facebook, atau layari pautan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Julai 2021 @ 8:58 AM