PROGRAM ‘Duty Of A Muslim As A Profesional’ oleh pendakwah Dr Zakir Naik pada 18 April ini.
PROGRAM ‘Duty Of A Muslim As A Profesional’ oleh pendakwah Dr Zakir Naik pada 18 April ini.
Muhaamad Hafis Nawawi


PIHAK Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak memaksa penuntutnya untuk menghadiri Program ‘Duty Of A Muslim As A Profesional’ oleh pendakwah Dr Zakir Naik yang akan diadakan pada 18 April ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM Prof Madya Dr Hendrik Lamsali berkata, program diskusi ilmiah ini anjuran pelajar di bawah Kelab PERKIM,

Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM.

Menurutnya, program ini bertujuan mendedahkan penuntut kepada realiti sosial dan isu semasa khususnya penuntut UUM yang bakal menjadi pengurus dan golongan

profesional pada masa depan.

“Universiti tidak memaksa mereka untuk menghadiri program ini dan ia terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk hadir.

“Pihak UUM berpengalaman menganjurkan program yang membabitkan tokoh berprofil tinggi.

“Ia turut memastikan semua bentuk program yang boleh

menimbulkan sensitiviti terhadap mana-mana pihak dan agama tidak dilakukan demi menjaga kesentosaan dan kesejahteraan penuntut dan universiti,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Hendrik berkata, penuntut juga dinasihatkan supaya sentiasa berfikiran terbuka dan beradab dalam menangani perbezaan pendapat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 April 2019 @ 12:46 PM