DR Hendrik (dua dari kanan) mendengar Noor Asniza menceritakan detik kejadian kebakaran.
DR Hendrik (dua dari kanan) mendengar Noor Asniza menceritakan detik kejadian kebakaran.
Fazurawati Che Lah


PRIHATIN dengan nasib seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berdepan musibah kebakaran, mendorong sukarelawan dari universiti itu sendiri membersihkan rumah mangsa di Kampung Raja, Mukim Jeram, Jitra, Kedah, baru-baru ini.

Noor Asniza Abd Razak yang juga penuntut tahun kedua Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam berdepan detik cemas apabila kediaman keluarganya hangus dijilat api menyebabkan mereka sekeluarga tinggal

sehelai sepinggan.

SUKARELAWAN UUM dan Perajurit Muda bergabung tenaga membersihkan rumah keluarga Noor Asniza.
SUKARELAWAN UUM dan Perajurit Muda bergabung tenaga membersihkan rumah keluarga Noor Asniza.

Seramai 200 Sukarelawan UUM bersama 60 Perajurit Muda dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan 78 ahli Persatuan Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior (SMKPN) serta penduduk tempatan bergotong-royong membersihkan rumah Noor Asnida.

Timbalan Naib Canselor (TNC), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UUM, Prof Madya Dr Hendrik Lamsali yang menziarahi keluarga pelajar itu turut menyampaikan sumbangan pakaian dan wang bagi meringankan

beban mereka.

SUMBANGAN disampaikan Dr Hendrik kepada bapa Noor Asniza.
SUMBANGAN disampaikan Dr Hendrik kepada bapa Noor Asniza.

Katanya, Persatuan Alumni UUM akan bekerjasama dengan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sintok, Kedah dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra, bagi memulakan pembinaan rumah keluarga mangsa yang mengambil tempoh lebih kurang dua minggu.

Sumbangan RM3,000 hasil kutipan daripada warga UUM dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), selain Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SMKPN serta warga sekolah turut diserahkan kepada keluarga mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 12:30 PM