RAVINDRAN bersama selebriti dan jentera bakal digunakan sepanjang Toyota Vios Challenge.
RAVINDRAN bersama selebriti dan jentera bakal digunakan sepanjang Toyota Vios Challenge.

Sepang: Peminat sukan permotoran tempatan berpeluang menikmati satu lagi siri perlumbaan terbaru dikenali sebagai Toyota Vios Challenge sempena Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing bermula Ogos depan.

Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota Motor) K Ravindran berkata, perlumbaan ini bakal menyaksikan pembabitan 30 pemandu yang memandu jentera lumba Toyota Vios spesifikasi sama bagi merebut ganjaran dan gelaran juara.

“Sebanyak empat siri perlumbaan akan berlangsung di litar jalan raya yang direka khas di empat lokasi antaranya di Pulau Pinang, Johor dan dua di Kuala Lumpur bermula Ogos ini dan tamat pada suku pertama tahun hadapan.

“Perlumbaan ini turut disertai lapan selebriti ternama tempatan bertujuan memeriahkan lagi suasana sepanjang acara berlangsung,” katanya ketika pelancaran Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.

Menurut Ravindran, pelancaran Toyota Vios Challenge ini menandakan program permotoran yang sinonim dengan Toyota sudah tiba di negara ini.

“Festival ini adalah satu jenama dan imej yang tidak asing lagi di seluruh dunia termasuk dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC).

“Toyota Vios Challenge akan digarap dengan pendekatan sama seperti perlumbaan Toyota One Make Race yang dianjurkan di Thailand dan Filipina,” katanya.

Ravindran berkata, perlumbaan menggunakan model Vios itu menyediakan platfrom terbaik untuk melonjakkan imej sporty jentera berkenaan sealin memupuk minat baru bagi sukan lumba.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2017 @ 4:18 AM