BARISAN artis  yang akan terbabit Festival Toyota Gazoo Racing. FOTO Aizuddin Saad
BARISAN artis yang akan terbabit Festival Toyota Gazoo Racing. FOTO Aizuddin Saad
hmdigital

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengumumkan pelancaran musim ketiga Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) pada September hadapan.

Presidennya, Ravindran K berkata, antara tarikan utama festival itu ialah perlumbaan One-Make-Race Vios Challenge yang mengekalkan tiga kategori iaitu Promotional untuk selebriti, Sporting untuk pelumba amatur dan Super Sporting untuk pelumba profesional.

“Semua kategori kelas perlumbaan menggunakan jentera Toyota Vios Serba Baharu di empat lokasi terpilih yang bakal mengumpulkan peminat sukan permotoran. Orang ramai boleh melihat dengan lebih dekat teknologi perlumbaan daripada Toyota,” katanya.

Musim ini bakal menampilkan dua selebriti baharu iaitu pelakon, Ain Edruce dan Syafiq Kyle selain mengekalkan Shukri Yahaya, Shawn Lee, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Janna Nick dan penyandang juara Diana Danielle serta Timbalan Presiden UMWT Akio Takeyama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Julai 2019 @ 6:55 AM