12 penyanyi Gegar Vaganza musim ketiga yang diumumkan, semalam.
12 penyanyi Gegar Vaganza musim ketiga yang diumumkan, semalam.

Kuala Lumpur: Teka-teki siapa peserta program realiti Gegar Vaganza musim ketiga terjawab apabila 12 penyanyi diumumkan menyertai program itu di sini, semalam.

Mereka ialah Azharina, Siti Sarah, Elly Mazlein, Zur Eda, Nora Ariffin dan Intan Sarafina.

Enam peserta lelaki pula terdiri daripada Ameng Spring, Gmie SCREEN, Shidi DATA, Razis Ismail, Rem dan Zarul Umbrella.

Menurut Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad, pemilihan 12 peserta ini berdasarkan pembabitan mereka dalam industri.

“Kriteria pemilihan peserta masih sama seperti musim terdahulu iaitu mereka perlu ada sekurang-kurangnya satu lagu popular.

“Tidak dinafikan sejak awal uji bakat persaingan memang sengit. Ada antara mereka yang memang bagus dan ada daya tarikan tersendiri.

“Cuma kami lebih berhati-hati dan lebih teliti membuat keputusan. Disebabkan itu kami tidak menetapkan sebarang genre muzik sebagai kriteria wajib pemilihan. Semua peserta kali ini versatil,” katanya.

Program GV3 masih mengekalkan dua pengacara popular, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 7:54 AM