Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Menjelang konsert minggu pertama Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) Ahad ini peminat mula menghentam program realiti popular itu apabila gambar promosi 12 pesertanya dikatakan tidak berkualiti.

Gambar 12 peserta program terbabit seperti Zur Eda, Nora, Siti Sarah, Elly Mazlein, Intan Sarafina, Azharina, Ameng, Razis Ismail, Rem, Zarul Umbrella, Shidee Data dan Gmie Screen mula tersebar hari ini menerusi Facebook GV3 sebelum ia menjadi viral™ dan dikecam peminat.

Paling teruk dihentam ialah gambar Zur Eda yang dikatakan tidak cantik dari segi solekan, wajah tidak kena dan banyak lagi.

Selain itu, peminat turut mengkritik ada sebahagian gambar peserta lain seperti tidak bersedia, terlalu ringkas selain tidak berkualiti dari segi teknikal termasuk pencahayaan.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad ketika dihubungi berkata, gambar-gambar yang tersebar itu bukan gambar rasmi daripada Astro dan ia disebarkan pihak tertentu menerusi akaun Facebook palsu GV3.

€œSaya pun terkejut apabila gambar-gambar berkenaan dikongsi dan menjadi bahan kutukan ramai. Sebenarnya gambar-gambar itu masih belum disunting dan bukan gambar rasmi yang akan digunakan nanti.

€œSaya tidak tahu siapa dalang yang menyebarkan gambar itu sehingga isu ini timbul. Segala maklumat mengenai GV3 boleh melayari laman web rasmi kami di Astro Gempak, katanya.

Sementara itu, Zur Eda, 51, ketika dihubungi berkata, dia tidak terkesan dengan kutukan orang ramai terhadap gambarnya itu.

Zur Eda yang popular dengan lagu Pelitaku dan Kelmarin berkata, gambarnya itu mendapat perkongsian lebih 2,000 pengguna Internet sekali gus menjadi satu publisiti buatnya menjelang GV3.

€œPada saya itu perkara normal. Zaman sekarang apa saja yang dikongsi di laman sosial kita tak boleh berbuat apa.

€œSaya lebih suka buat tak tahu dan terus fokus untuk persembahan pertama minggu ini. Pada tahap ini, saya perlu kentalkan jiwa menerima segala kritikan baik yang mengaibkan atau memuji, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Oktober 2016 @ 5:35 PM