XIOAMI - Model Mi11
XIOAMI - Model Mi11
Muhammad Saufi Hassan


Pengeluar telefon pintar terkemuka, Xiaomi hari ini memperkenalkan peranti baharu kelas perdana mereka iaitu Mi 11 dengan tetapan tiga lensa.

Rekaan Mi 11 ini menggunakan tiga lensa berkeupayaan 108 megapiksel (MP) selain dua lensa lain iaitu 13MP untuk sudut ultra lebar dan 5MP untuk telemakro.

Menyentuh aspek spesifikasinya, Mi 11 menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 888 binaan 5nm yang dipadankan bersama kapasiti memori (RAM) 8GB untuk dua variasi storan berbeza.

Xiaomi Mi 11 ini juga menggunakan paparan bersaiz 6.81 inci WQHD Dipertingkatkan (WQHD+) bersama-sama skrin AMOLED dengan empat lengkung DotDisplay dengan teknologi TrueColor.

Sesuai untuk kelas perdana, paparan Mi 11 menggunakan kadar segar semula 120Hz dan talaan kadar kecerahan pada 900 Nits.

Untuk sistem audio pula, Mi 11 didatangkan dengan pembesar suara berkembar oleh Harman Kardon.

Mi 11 juga menyokong sambungan Internet Tanpa Wayar (WiFi) generasi ke-6 bersama-sama padanan unit pemproses grafik Adreno 660 Generasi Keenam.

Untuk sokongan jaringan telekomunikasi, Mi 11 mempunyai kad sim berkembar dan jaringan 5G.

Peranti ini juga didatangkan dengan sistem kunci keselamatan cap jari di bawah skrin termasuk teknologi Kecerdasan Buatan (AI) biometrik wajah.

Bateri Mi 11 berkapasiti 4,600mAh dengan sokongan 55W pengecas iaitu tempoh pengecasan 100 peratus dalam 45 minit di samping sokongan 50W pengecas tanpa wayar.

XIOAMI - Model Mi11
XIOAMI - Model Mi11

Tanda harga untuk peranti ini dijangka sekitar RM3,662 dan Xiaomi masih belum mengumumkan pelancarannya untuk pasaran negara ini.

Spesifikasi Mi 11

  • Pemproses: Qualcomm Snapdragon 888
  • RAM: 8GB LPDDR5
  • Storan: 128GB / 256GB
  • Kamera: 108MP + 13MP + 5MP
  • Bateri: 4,600mAh
  • Ciri khusus: Sistem keselamatan cap jari di bawah skrin dan kekunci biometrik wajah.
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2021 @ 9:45 PM