REDMI K20 Pro menawarkan pemproses berkualiti di samping kamera tiga lensa.
REDMI K20 Pro menawarkan pemproses berkualiti di samping kamera tiga lensa.
Muhammad Saufi Hassan


SUB jenama bagi telefon pintar Xiaomi iaitu Redmi K20 dan K20 Pro bakal dilancarkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi selepas peranti itu secara rasminya dilancarkan di India, beberapa bulan lalu.

Kedua-dua telefon pintar itu menawarkan kamera swafoto mekanikal 20 megapixel (MP) bersama skrin paparan 6.39 inci Definisi Penuh Dipertingkatkan (FHD+).

K20 Pro akan menggunakan pemproses Snapdragon 855 dan dipadankan menerusi dua varian memori iaitu 6GB atau 8GB berdasarkan kepada model telefon pintar.

Redmi juga menawarkan pilihan jumlah storan iaitu 128GB untuk model asas manakala bagi pengguna yang selesa jumlah storan tinggi boleh memilih 256GB.

Peranti ini turut dilengkapi imbasan biometrik cap jari terbina di bawah skrin dan ia adalah ciri yang digunakan untuk kebanyakan telefon pintar kelas premium yang ada di pasaran.

Kamera utama peranti ini menggunakan tetapan tiga lensa iaitu lensa utama berkeupayaan 48MP, lensa kedua 13MP dengan fungsi sudut ultra lebar dan 8MP untuk lensa telefoto.

Telefon pintar ini berkeupayaan fungsi pengecas pantas 27 watt manakala untuk varian K20 menggunakan pengecas 18 watt dengan padanan pemproses Snapdragon 730.

SPESIFIKASI

•Pemproses: K20 Pro

(Snapdragon 855) K20

(Snapdragon 710)

•RAM: 6GB / 8GB

•Storan: 128GB/256GB

•Kamera utama: K20

Pro (48MP + 13MP +8MP)

•Kamera swafoto:20MP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Julai 2019 @ 11:40 AM